Ads

“Saya Enggan Ulas Soal Nafkah,” – Adira Doakan Rezeki Datuk Red Sentiasa Murah

Penyanyi, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut berkaitan soal nafkah yang diterima daripada bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red.

Menurut Adira, sebagai bekas isteri, dia tidak mahu memberi tekanan dan sentiasa mendoakan agar Datuk Red menemui kemajuan dalam hidupnya.

“Saya Enggan Ulas Soal Nafkah,” – Adira Doakan Rezeki Datuk Red Sentiasa Murah

“Saya enggan ulas soal nafkah. Namun, saya selalu doakan semoga rezeki Datuk Red sentiasa dimurahkan rezeki, ada kemajuan dalam hidup dan apa yang diinginkan tercapai.

“Saya ini seorang yang sangat mudah. Saya tak nak susahkan dia atau terlalu memaksa. Kalau ada (wang), dia akan bagi. Kalau tiada pun tak mengapa.

“Saya pun tak mahu terlalu mendesak. Dia juga ada masalahnya sendiri. Allamdulillah saya juga masih bekerja dan ada pendapatan sendiri.

“Ia cukup untuk perbelanjaan saya, sekolah anak-anak dan kehidupan seharian,” katanya kepada MH.

Ads

Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya bersama penyanyi rap, Fiq7 berjudul Gelas Memori, baru-baru ini.

Fokus Hanya Pada Anak-Anak

Dalam masa sama, Adira turut memaklumkan dia tidak ambil peduli apabila Datuk Red sering mengusik perhubungan mereka dan menjadikannya sebagai konten di media sosial.

“Saya Enggan Ulas Soal Nafkah,” – Adira Doakan Rezeki Datuk Red Sentiasa Murah

“Dia tahu netizen dan para pengikutnya suka dengar perkara-perkara seperti itu. Jika di media sosial, kata-kata seperti itu sedikit sebanyak akan menaikkan jumlah ‘engagement’ dan tontonan.

Ads

“Saya sebenarnya tak kisah langsung. Kalaulah ada rezeki dan kebaikkan daripada usaha yang dilakukannya itu walaupun dia berkata sedemikian, saya percaya pulangannya akan kembali ke anak-anak saya juga.

“Jadi, saya tak fikir langsung soal rimas atau reputasi. Apapun yang berlaku, dia tetap bapa kepada anak-anak saya. Yang penting, kita berdua tahu bagaimana haluan buat masa ini.

“Saya sudah ada kehidupan sendiri. Begitu juga Datuk Red. Kita pun tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Jadi, saya tak boleh ulas lebih. Kalau berjumpa, kami tetap profesional,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai reaksinya jika ada pihak yang takut untuk cuba mendekat kerana masih dikaitkan dengan bekas suami, Adira menjelaskan fokusnya kini hanya kepada keluarga.

Ads

“Saya Enggan Ulas Soal Nafkah,” – Adira Doakan Rezeki Datuk Red Sentiasa Murah

“Saya tak fikir langsung soal orang nak cuba dekat atau mulakan kehidupan baharu. Sejak bercerai dan bergelar ibu tunggal, saya rasa ia merupakan kehidupan baharu.

“Saya perlu biasakan diri untuk buat keputusan sendiri untuk keluarga dan anak-anak. Walaupun saya sebenarnya sudah lama buat keputusan sendiri dalam hidup,” akhirinya.

Sebagai rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.