“Saya Disini Untuk Awak Selamanya,”- Titip Hari Jadi Buat Imamnya, Bunga Citra Lestari Sayang Suami Selamanya!

Share

Penyanyi, pelakon dan model Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah meraikan ulang tahun hari jadi suaminya, Ashraf Sinclair yang ke-40 tahun malam tadi.

Mengenakan tema rona putih, kedua-dua pasangan ini tampak bahagia saat meraikan momen indah bersama.

“Kepada cinta hidup saya .. Saya tahu hidup tidak begitu mudah .. Kita akan melalui banyak turun dan naik kehidupan.

“Tapi satu perkara yang pasti, saya di sini untuk awak selamanya.. Sejak hari pertama, saya akan sentiasa disisi, InsyaAllah.

“Selamat ulang tahun ke-40 my love .. Saya cinta awak!,”tulisnya.

Selain itu, rakan-rakan terdekat turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, 9 tahun.

Foto : Instagram BCL, Ashraf Sinclair

IKLAN