“Saya Dinampakkan Dalam Sujud Yang Panjang Bayangan Wanita Tergantung Yang Mana Kulitnya Disiat,” – Yatt Hamzah

Share

Terdahulu, bekas pelakon Yatt Hamzah dijemput sebagai antara tetamu undangan sebuah rancangan program bual bicara bersama Ustaz Ebit Lew.

Program berkenaan bersiaran di TV Al-Hijrah.

Lalu, Yatt antara lain ada berkongsi kisah penghijrahannya bersama penonton dan mengimbau saat dirinya menerima hidayah

“Saya secara tiba-tiba saya dinampakkan bayangan semua dosa, segala kesilapan dan maksiat yang saya buat sebelum ini dalam sujud tu.

“Dan masa tu saya rasa sangat takut saya rasa sangat bersalah sampai beberapa ketika kemudian saya dinampakkan dalam sujud yang panjang tu bayangan seorang wanita tergantung yang mana kulitnya disiat daripada hujung kaki sampai keatas kepala bersama dengan rambutnya sekali dan dipanggang dengan api yang sangat marak.

“Sangat dasyat apa yang saya nampak sehingga saya tak terkata yang saya ingat saya hanya menangis tak berhenti dan kemudian ada satu gelas minuman di tepi wanita itu terus ambil dan teguk tanpa fikir rupanya apa yang diteguk itu adalah nanah yang mendidih dan mengakibatkan segala kerongkong dan seluruh tubuh badannya hancur, lebur.

“Sangat dasyat apa yang saya lihat saya hanya mampu nangis sehinggalah saya lihat dengan jelas wajah wanita itu adalah saya.

“Dan selepas itu saya terus taubat nasuha agar tak ulangi segala maksiat dan kesilapan yang saya buat sebelum itu dan semenjak hari itu hingga saat ini tidak ada satu hari yang saya tidak memohon agar Allah ampunkan dosa saya.

“Kerana saya terlampau banyak sangat dosa sebagai seorang wanita, sebagai seorang anak, sebagai seorang ibu, sebagai seorang isteri,” luahnya menerusi program yang dikenali sebagai A Bit With Ebit itu.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa terharu dan sedih apabila menonton perkongsian Yatt yang menyentuh jiwa.

Video: Facebook TV Al-Hijrah

IKLAN