Pempengaruh, Haqiem Stopa memilih pendekatan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti di media sosial selepas terlibat kes mahkamah diatas tuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya pada 2022.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, dia kini mahu memperbaiki diri dan tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut meskipun kemenangan berpihak kepada dirinya.
“Saya berdiam diri kerana banyak asbabnya. Salah satunya adalah untuk memperbaiki diri dan merancang strategi bisnes.
“Bermula bulan 10 ini, saya merancang untuk kembali aktif dan meneruskan fenomena-fenomena sebelum ini.
“Saya memang lari daripada pihak media buat sementara waktu. Bila saya kerap ditanya, kontroversi akan semakin banyak. Jadi, bila masa saya nak perbaiki diri,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Haqiem turut mendedahkan kes mahmakah ini sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya.
Ads
“Walaupun kontroversi melibatkan diri saya berlaku tahun lepas tapi orang masih bertanya sehingga hari ini. Lebih baik saya diam
“Lebih baik saya diam sahaja. Kalau saya menjawab, keadaan akan jadi semakin keruh. Walaupun kemenangan kes tersebut berpihak kepada saya tapi netizen tetap tak mahu terima.
“Saya betul atau salah, mereka tetap akan menilai. Cukuplah saya beri kenyataan yang saya tidak bersalah,” ujarnya lagi.
Haqiem berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Legacy Rider 2.0 yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Bukan setakat itu, Haqiem turut memaklumkan dirinya mengalami kerugian hampir RM100,000 merangkumi bisnes dan persiapan majlis perkahwinan yang telah dibatalkan.
“Selepas kejadian tersebut, saya mengalami kerugian bisnes sebanyak RM90,000 dalam masa tiga bulan. Namun, saya tidak buat sebarang kenyataan.
“Saya juga telah putus tunang. Duit hantaran RM10,000 dan segala persiapan juga sudah disediakan. Selepas bertunang, saya terus tempah dewan dan katering. Deposit telah diberikan RM10,000.
“Hampir RM100,000 juga kalau dicampurkan semua. Hal ini memang menyakitkan kepala saya,” kongsinya lagi.
Jelas Haqiem lagi, kes ini sememangnya menjadi pengajaran berguna buat dirinya.
Ads
“Dalam sesuatu perhubungan ada batasnya. Bila kita terlampau selesa berkawan, hal pribadi kita pun orang tahu.
“Daripada pihak saya dan keluarga, kes ini lebih kepada nak menganiaya saya. Saya masuk lokap tujuh hari. Saya rasa disabotaj.
“Semasa hari pertama dan kedua kes ini dibuka, kita cuba nak berbincang dengan pihak di sana di mahkamah. Kita nak tahu apa sebenarnya yang dia mahukan.
“Namun, kami tidak dapat sebarang jawapan. Jadi, saya didakwa secara buta-buta sahaja. Sebab itu saya ke mahkamah dan keluarkan kenyataan tak bersalah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Haqiem Stopa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Datin Seri Noniswara kecewa dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mengabaikan arwah suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad ketika sedang dirawat di hospital.
Menurut Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, dakwaan tersebut sememangnya tidak benar dan dia juga terpaksa akur dengan arahan pihak hospital yang tidak membenarkan dirinya bermalam di wad suami.
“Orang kata saya tiada dan tak jaga awak semasa awak sakit sayang. Sedangkan, sayalah orang yang sentiasa ada di sisi sayang dari hari pertama sehingga akhir hayat awak.
“Cuma balik tidur sahaja sebab ICU tak boleh tunggu. Allah sahaja yang maha mengetahui,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Melastik Ke Hatimu 2 itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, dia datang ke hospital bukan hanya sekadar melawat tetapi menjaga suaminya yang sedang terlantar.
“Saya dekat sana tiada pula orang yang nak ambil gambar.
“Video ini pun saya tak perasan telah diambil dan candid dari seorang sahabat hantar kepada saya. Merawat, menjaga dan menunggu. Bukan melawat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Noniswara mendedahkan dirinya akan terus kuat bagi menempuhi segala dugaan ini meskipun tanpa suaminya di sisi.
“Tak mengapalah sayang. Akanku tempuhi hidup ini dan fitnah tanpa awak sayang. Kesian dekat saya sayang,” kongsinya lagi.
Terdahulu, suami Noniswara telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat strok jam 10.16 malam pada tanggal 1 Oktober lalu.
Allahyarham Sheikh Nordin disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
Nonis mendirikan rumah tangga dengan usahawan berkenaan sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham Sheikh Nordin juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi, MK K-Clique. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noniswara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha, ada memuat naik satu hantaran di aplikasi X bagi mengingatkan orang ramai tentang kesan fitnah terhadap hidup seseorang.
Menurut Daiyan, sekiranya kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara, jangan pula kita membuat andaian sendiri.
“Berhati-hatilah dalam berkata,
kerana mulut badan binasa. Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,” tulisnya.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hantarannya itu, namun, netizen beranggapan ia mempunyai kaitan selepas tular desas-desus mengenai kisah seorang artis wanita terkenal kini dalam siasatan pihak Bank Negara selepas disyaki terlibat jenayah cuci duit haram.
Malah, nama Daiyan juga dipetik dan didakwa sebagai antara selebriti yang turut terkait berhubung kes tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberika kata-kata sengat selain turut menasihati Daiyan untuk mengabaikan komen-komen negatif.
“Kesian la awak. Kalau berita pasal artis buat hal, selalu kena petik nama.
“Semoga kita semua dijauhi fitnah dunia.
“Apa yang lebih menyedihkan, kekadang fans yang terlebih sudu dari kuah. Bukan sahaja yang sebar fitnah, yang terima bulat-bulat dan percaya tanpa usul periksa fakta sebenar fitnah tersebut lagi lah mengecewakan.
“Mereka hanya pandai berbicara, tanpa usul periksa diluncurkan kata yang masih tiada kepastian. Hmm, janganlah kacau Daiyan kita.
“Tak fasal-fasal nama kena petik,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, sehingga kini, MH difahamkan masih belum ada laporan atau siasatan rasmi yang telah dibuat oleh pihak berwajib berhubung dakwaan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Video: Instagram & Twitter Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Maestro muzik, Datuk Ramli MS memperbetulkan ‘salah sangka’ yang dinyatakan oleh penyanyi popular, Aina Abdul susulan kenyataan mengenai penyanyi yang perlu mempunyai album.
Ramli berkata, sebab utama dia memberikan pandang tentang keperluan tersebut disebabkan untuk ‘survival’ seseorang penyanyi dalam industri muzik pada masa depan.
“Apabila saya mengatakan penyanyi perlu ada album, apa yang saya maksudkan adalah modul penghasilan single sebenarnya adalah satu modul yang tidak boleh digunapakai.
“Sebagai contoh, apabila penyanyi merakamkan album, ia sekali gus memberi jaminan kepada dirinya untuk tempoh mungkin 40 tahun akan datang.
“Misalnya jika penyanyi rakam satu single setahun, dia mungkin perlu ambil masa 15 tahun untuk dapatkan 15 lagu. Sebaliknya jika buat album, dia mungkin rakam 13 hingga 14 lagu untuk satu album dan memerlukan sekitar lima tahun untuk dapat 60 lagu.
“Dalam 60 lagu itu, mesti ada sekitar 15 lagu yang hits. Jadi 15 lagu ini yang akan menjamin kerjaya kamu pada masa akan datang.
“Tengok Shila Majid, Jamal Abdillah dan Ella, mereka sudah tidak merakamkan album sekarang… sebab mereka dah buat benda ni (rakam album) 30 tahun lepas. Dan apabila anda ada 15 buah lagu, konsert anda tidak akan pernah gagal,” katanya.
Ramli pada masa sama turut berpesan kepada pernyanyi lagu Sepi itu supaya belajar serba sedikit tentang bisnes muzik, selain cuba kalis diri dengan kritikan tidak baik yang dikomen ‘haters’.
Juri tetap program Gegar Vaganza ini juga meminta Aina untuk sentiasa percaya diri sekaligus tidak mendengar kata momokan yang mungkin keluar daripada bayang-bayang sendiri.
“Bayang-bayang… jangan dengar. Sebab diri dia mungkin keliru, bayang-bayang dia mengatakan ‘kau gelakkan aku’. Tapi bayang-bayang tu milik dia. Perlu tegas, dan ingat yang dia ‘bayar bil’ dan mencari rezeki.
“Aina listen, haters tak akan positifkan kamu. Kamu buat baik atau tidak, mereka akan sentiasa negatif.
“Tak perlu ikut haters haters tu. Mereka ini semua takkan suka kau Aina, kau buatlah baik, kau dermalah kepada Palestin… itu pun mereka cakap nak menunjuk. Padahal kau ikhlas… thats haters. Benda ni kena kawal,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...