Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia mendapat petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang yang seterusnya membawa kepada penghijrahan bintang berusia 52 tahun itu memeluk agama Islam, sekitar 14 tahun lalu.
Jelasnya, dia mahu kehidupan yang lebih baik dan berdoa untuk diberikan petunjuk.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu. Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum menganut Islam).
“Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instagram.
Menurutnya lagi, selepas mendapat petunjuk dalam mimpi itu, dia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk proses memeluk Islam.
Ads
“Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsi Adam lagi.
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang telah pun menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin Sunway Pyramid Convention Centre pada Khamis sekali lagi berkongsi pendaftaran yang betul mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera.
Sambil berkongsi beberapa pautan warganet yang sudah pun berjaya mendapatkan slot suntikan di Insta Stories, Ayda,29, meminta ramai untuk terus bersemangat bagi yang ingin mendapatkan vaksin.
“Assalamualaikum semua. Haritu saya share dekat ig story maybe ramai tak sempat tengok. Saya baru settle editkan steps ni untuk korang.
“Saya tak dibayar untuk post benda ni, bukan paid review ya. Saya kongsi apa yang saya buat dan berjaya dapatkan vaksin. Bismillahirrahmanirrahim, Selamat mencuba!
“Tag kawan and family korang kat bawah to share this steps. Yang dah buat and dah dapat date appointment please comment jugak! Kasi semangat. Yang takmau amik vaksin, dok diam-diam,” tulisnya.
Sementara itu menerusi satu perkongsian di Insta Stories, penyanyi lagu Mata ini turut meminta mana-mana individu untuk tidak berkongsi video takut-takut jarum seperti menangis kerana ia boleh menakutkan mereka yang takutkan jarum.
“Yang dah try dan dapat date appointment untuk vaksin, alhamdulillah rezeki kalian. Yang dah buat tapi belum dapat, sabar insyaallah ada rezeki.
“Yang tak buat dan taknak amik vaccine, takpe duduk diam diam. Jaga diri, jaga family.
“Yang takut jarum, takperlu post menangis kena inject menakutkan lagi orang yang takut jarum bila tengok. Watlek post Takut pun wa still amik, lu bila lagi?’
“Ini bukan paid review, saya post atas dasar nak korang berjaya dapat vaccine jugak setelah lama menunggu. Insyaallah kita usaha. Allah tentukan,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nur Risteena menzahirkan rasa bangga dengan usaha yang telah ditunjukkan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan dalam mendalami ilmu bacaan Al-Quran.
Jelas Risteena, suaminya itu dilihat begitu bersemangat mengikuti kelas mengaji secara atas talian sejak sejak awal pagi lagi.
“Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul.
“Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Bukan Di Kota Langit itu menerusi Instagram buat tatapan umum.
Dalam pada itu, Risteena turut memaklumkan Isa sebaiknya cuba untuk memanfaatkan kehadiran bulan Zulhijjah ini dengan melakukan pelbagai ibadah sunat.
“Puasa taknak tinggal 10 hari. Inilah suami saya. So proud to share this because I’m blessed to have you as my husband. Semoga Allah merahmatimu suami, dan mudahkan segala urusan awk sayang @theisakhan.
“Sayang sangat kat dia! Esok hari jadi dia.
Nak bagi present apa eh?,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga selain mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah. Good for him. Especially for you. Moga istiqomah.
“Amin. Semoga dipermudahkan segalanya.
“Alhamdulillah. Beri kopiah pun okay tanda menghargai dan semangat pada suami.
“Semoga istiqomah. Moga awak juga boleh menjadi isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Risteena dan Isa mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Mac 2021 yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mili Jirin menerusi jenamanya, Bizmilla dengan kerjasama Malakat Mall di dalam Kempen RM5 Juta Tunai Percuma diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmila Jirin, kempen yang bermula 31 Julai itu dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di negara ini.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya yang diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Malah dia juga turut melakukan bisnes lain seperti menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi kelangsungan hidup.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan dan macam-macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini.
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasaseperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.
“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu.
“Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya yang turut menutup operasi Restoran Embun Urai di Tasik Prima Puchong buat sementara waktu.
Sementara itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer diSelangor, KL dan Melaka.
“Ia dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Walletdi Malakat Eco App,” katanya lagi.
Menariknya juga, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” katanya.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya Malakat Grocer ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur,Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.