“Saya Dapat Ia Semula,”- Akaun ‘Netflix’ Tiz Zaqyah Digodam, Peminat Backup Beri Tips

Share

Baru-baru ini, pelakon jelita Tiz Zaqyah ada berkongsi cerita menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

Kongsi Tiz atau nama sebenarnya telah memaklumkan bahawa akaun strim video ‘Netflix’ miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Tiz, dia berjaya mendapatkan kembali akaun tersebut miliknya atas bantuan daripada pihak ‘Netflix’.

“Some asswipe “JEFFERSON” hacked into my Netflix account . Hey tw*t, i got it back. You’re definitely a fan of The Witcher, cant blame you.

“Well thanks @netflix for the exellent customer service. It took me just few minutes and i’m back!,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi pendapat dan komen mengenai tips yang berguna kepada pengguna akaun laman strim video ‘Netflix’.

Sekadar informasi, Tiz telah dilahirkan pada 25 Oktober 1988 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik.

Foto: Twitter Tiz Zaqyah

IKLAN