Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan tampil menjelaskan situasi, seterusnya memperbetulkan salah faham selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.
Menurut Redza, ia adalah keputusan bersama selepas mengambil kira semua pandangan.
“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
“Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’. Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya, lapor Harian Metro.
Redza menambah, pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dan mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.
“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak,” katanya.
Ads
Malah menurutnya lagi, Irma juga sudah dimaklumkan mengenai perkahwinan itu.
“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami.
“Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” katanya.
Ads
Menurut Redza, dia mohon agar semua pihak menghormati privasi dan sensitiviti setiap ahli keluarganya.
“Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
“Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah,” katanya lagi.
Imbas kembali, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Ads
Terdahulu, akhbar ini melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu.
Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Story yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris menerusi platform sama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi program Wanita Hari Ini di TV3 yang membicarakan topik ‘Kehilangan Akibat Pandemik’ baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Marsha berkongsi kisah mendukacitakan buatnya seisi keluarga.
Dia yang diundang sebagai tetamu jemputan secara virtual terpanggil untuk bercerita pengalamannya yang telah kehilangan bapa mentua akibat wabak berbahaya Covid-19.
Menurut Marsha, dia rasa sangat takut setelah mendapat khabar berita bapa mertuanya disahkan positif wabak tersebut.
Difahamkan, bintang itu mendapat tahu mengenai perkara berkenaan ketika sedang berkerja di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi penyanyi berusia 35 tahun ini lagi, bapa mentuanya itu tidak dapat diselamatkan oleh kerana sedia mempunyai beberapa penyakit seperti jantung dan buah pinggang.
“Pada ketika itu, saya sangat berasa takut sebab saya tahu bapa mentua merupakan golongan yang berisiko tinggi.
“Macam bapa mentua saya, dia punyai sejarah penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit yang lain.
“Jadi bila dia dijangkiti Covid-19, sangat memberi impak dan kesannya seluruh sistem tubuh badan bapa mentua saya terganggu.
“Oleh kerana impak itu, bapa mentua saya tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Imbas kembali, bapa mentua Marsha, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei lalu, Al-Fatihah.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...