“Saya Bukan Wanita Berpendidikan Tinggi Dan…,” – Tulus Mencintai, Indahnya Ucapan Tunang Alam Wakaka Buat Bakal Mertua Sekeluarga

Share

Penari terkenal, Alam Wakaka baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya bersama pilihan hati, Nurul Alisya Najwa.

Masih berdarah manis, Alisya yang baru menjangkau usia 19 tahun dilihat ada menitipkan ucapan buat bakal keluarga mertuanya itu.

Menurutnya, meski dia bukanlah berasal daripada keluarga senang atau pun berpelajaran tinggi, namun dia tetap akan cuba membahagiakan bakal suaminya itu.

“Kepada bakal mak mertua saya, saya bukan wanita yang berpendidikan tinggi dan saya juga lahir dari keluarga yang sederhana.

“Tapi ketahuilah saya betul-betul tulus mencintai dan mahu sehidup semati bersama keluargamu serta anakmu,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan Alisya menerusi akaun Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga urusan Alam dan Alisya untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Terdahulu, pasangan ini merancang untuk bertunang selama enam bulan dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan.

Sumber: Instagram Alisya Najwa

IKLAN