“Visit my ig”

“Nak tinggi? Cepat PM tepi…”

Promosi percuma seperti ini memang sering kita lihat di mana-mana akaun media sosial terutamanya Instagram.

Ya tidak dinafikan ia salah satu strategi yang bagus dalam pemasaran, namun adakalanya ia agak menjengkelkan jika terlalu kerap ‘menumpang’ di ruangan komen akaun instagram orang lain.

Yang sering menjadi mangsa seperti ini tentulah para selebriti kerana mereka punyai jutaan pengikut.

Baru-baru ini, Datuk Fazley Yaakob turut menyuarakan tentang isu ini di akaun twitternya.

Ads

Fazley yang telah menjawab segala promosi dengan cara sakastik memberitahu dia terpaksa melakukan perbuatan ini kerana akaun tersebut terlalu kerap tag sehingga menjengkelkan.

Malah, Fazley turut memberitahu dia bukanlah tidak menyokong mana-mana individu meniaga online tetapi tindakan sesetengah peniaga itu membuatkan dia sendiri terpaksa berterus terang.

Ads

Respon Fazley ini telah membuatkan ramai pengikut twitternya terhibur.

Antaranya seperti…

Ads

Tetapi memang benar kata Fazley. Bila terlalu kerap promosi di tempat yang tidak betul atau sesuai ia hanya akan membuatkan seseorang itu lebih tidak selesa.

Jadi, harap selepas ini semua jenama produk yang ingin promosikan barangan pilihlah medium yang betul dan janganlah mengambil kesempatan begitu sahaja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI