Menantu kepada pelakon dan usahawan, Abby Abadi, iaitu Ahmad Aslam, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu mentuanya itu pada Khamis menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads.
Menurut Aslam, 26, meskipun dia telah memohon maaf secara peribadi sebelum ini, dia memahami Abby mahukan permohonan maaf itu dilakukan secara terbuka.
“Saya jarang bersuara, dikeranakan saya ditempat dan kedudukan yang bersalah, saya akui saya bersalah tapi ada masa diam itu bukan lagi pilihan.
“Saya akui saya banyak melakukan kesilapan pada semua pihak. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas sebab diam saya perkara jadi lebih besar.
“Di sini saya ingin menjelaskan yang saya sudah pun pernah meminta maaf pada ibu mentua saya, baik ibu mentua isteri pertama dan juga isteri kedua saya.
“Tetapi disebabkan ibu mentua saya mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka di publisiti platform media.
“Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi kerana banyak perkara telah saya lakukan yang sangat berat,” kongsi Aslam.
Bersebab Pilih Poligami
Menerusi aplikasi sama, Aslam mengakui dia memilih berpoligami disebabkan rasa tanggungjawab, seterusnya ingin menjaga maruah Marissa.
Malah sebagai suami, dia juga cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin terhadap kedua-dua isterinya.
Ads
“Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, saya berkahwin secara senyap, bukan kerana suka-suka tetapi kerana keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
“Tapi saya juga tahu lebih baik saya bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan orang lain.
“Demi menjaga maruah dan niat baik keluarga. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedua-dua isteri saya.
“Mereka tidak berkongsi tempat tinggal, tidak berkongsi nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna tapi saya berusaha berlaku adil,” luahnya lagi.
Homati Pandangan, Manusia Tak Sempurna
Aslam juga terbuka terhadap setiap pendapat yang diterima, namun berpendapat sebagai manusia, masing-masing mempunyai kekurangan.
Ads
“Saya hormat semua pandangan termasuk yang menentang poligami tapi apabila sindiran, tohmahan dan hantaran terbuka dijadikan medium menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan. Itu serangan peribadi.
“Saya harap sesiapa yang menyindir itu lebih fokus kepada memperbaiki hubungan keluarga sendiri daripada membuka aib dan mencari simpati awam.
“Kita semua ada kekurangan dan saya yakin sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua, jalan paling mulia ialah menasihati secara tertutup, bukan menjaja cerita hingga menimbulkan fitnah.
“Saya bukan minta difahami, cukup sekadar dihormati. Kerana yang menilai akhirnya bukan manusia, tapi Tuhan. Wallahua’lam,” kongsinya lagi.
Terdahulu pada Selasa, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.
Ads
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan tersebut, sebaliknya meminta menantunya iaitu Aslam yang perlu datang memohon maaf kepadanya.
Malah Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala Marissa sebelum ini pernah kematian bayi sulungnya susulan bersalin awal (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pelakon sinetron, Sekar Arum Widara, 41, telah ditahan pihak polis selepas dia didakwa cuba melakukan transaksi menggunakan wang palsu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kemang, Jakarta Selatan.
Memetik laporan Jawa Pos, insiden tersebut berlaku pada malam Rabu lalu apabila Sekar Arum dipercayai cuba menggunakan wang palsu sebanyak tiga kali dalam tempoh masa yang singkat.
Percubaan pertamanya berlaku di sebuah pasar raya popular, Hypermart, di mana dia berjaya membuat pembayaran tanpa disedari oleh juruwang.
Namun, ketika cuba mengulangi perbuatan tersebut di kaunter lain dalam premis sama, wang palsu yang digunakan mula dikesan melalui alat pengimbas sinar UV.
Tidak berputus asa, Sekar kemudiannya beralih ke sebuah lagi premis berhampiran, Ace Hardware, dan cuba melakukan pembayaran menggunakan 11 keping wang palsu pecahan Rp100,000.
Tindakannya mencetuskan kecurigaan juruwang yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak keselamatan.
Menurut Ketua Unit Ranmor Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan, Inspektor Teddy Rohendi, pihak keselamatan pusat beli-belah telah menahan Sekar dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Polis yang hadir ke lokasi kemudiannya menahan bekas pelakon berkenaan dan menetapkannya sebagai suspek utama dalam kes tersebut.
Hasil siasatan membawa kepada penemuan lebih 2,000 keping wang palsu pecahan Rp100,000 yang disimpan oleh Sekar. Polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek iaitu sebuah iPhone 11 Pro Max dan Xiaomi Redmi yang dipercayai digunakan semasa melakukan transaksi.
Sekar kini berdepan pertuduhan di bawah Undang-Undang Mata Wang Indonesia Nombor 7 Tahun 2011 serta beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan (KUHP) negara itu yang membawa hukuman berat jika disabitkan kesalahan.
Imbas kembali, Sekar pernah popular suatu ketika dahulu menerusi sinetron Angling Dharma, Kisah Nyata dan Cinta Yang Hilang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Bekas Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), malam ini.
Berita duka itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di media sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” kata Khairy.
Tun Abdullah, yang menerajui pentadbiran negara dari tahun 2003 hingga 2009, dikenang sebagai pemimpin yang sederhana, berhemah dan mementingkan pendekatan Islam Hadhari semasa pemerintahannya.
Imbas kembali kerjayanya dalam dunia politik, Tun Abdullah merupakan ahli parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang bermula 1978 sehingga 2013.
Sebelum bergelar Perdana Menteri pada 2003, beliau terlebih dahulu pernah bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86), Menteri Pertahanan (1986-87) dan Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari 1999).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Rita Rudaini bersuara mengenai isu disiplin pelajar, khususnya yang membabitkan institusi pendidikan, menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Luahannya itu merujuk kepada insiden video buli membabitkan tujuh pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kini tular di media sosial.
Menerusi perkongsian sama, Rita menyeru agar pelajar yang tidak mahu belajar serta guru yang sudah hilang semangat mengajar supaya berundur demi kebaikan semua pihak.
“Yang tak nak belajar, sila keluar. Yang dah bosan mengajar pun boleh juga keluar,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini Rita rurut menghargai tindakan pantas yang diambil oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki susulan insiden yang berlaku.
“Terima kasih Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. Tindakan yang cepat walaupun benda jadi tahun lepas, pihak maktab tak patut sorok atau ambik ringan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Rita berpendapat tekanan akibat peraturan terlalu ketat boleh menjadi antara faktor pelajar mula memberontak dan akhirnya terjebak dalam perlakuan yang tidak baik.
“Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas tak tentu pasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak.
“Mula buat hal kacau orang. Dari seronok-seronok kacau terus upgrade ‘buli’. Ada yang tak kacau orang tapi lepaskan stres dengan cara lain,” jelasnya.
Tambahnya lagi, walaupun pelajar sekarang dilahirkan dalam era teknologi serba canggih, namun tahap pemikiran dan keupayaan berfikir mereka seperti tidak sematang generasi terdahulu.
“Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak depa tak secanggih budak-budak zaman dulu.
“Budak-budak dulu nak buat satu benda memang fikir 100 kali sambil terbayang kena libas.
“Budak-budak sekarang, ‘buat dulu, fikir? Nanti bila free-freelah fikir,” jelasnya tang turut berpendapat, asas pendidikan seseorang juga bermula dari rumah.
“Didikan jugak bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan. Ketegasan dan kekerasan tu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan,” luahnya.
Rita bagaimanapun menghormati institusi pendidikan seperti MRSM dan menegaskan bahawa masalah sebenar berpunca daripada sikap individu itu sendiri.
“Maktab tak salah. Mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul tu perangai dan sikap manusia. MRSM tetap terbaik,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, tular video yang mengaitkan perbuatan buli membabitkan pelajar MRSM.
Rakaman video berdurasi 1.31 minit tersebar di media sosial, memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.
Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada punggung, namun tidak dapat dipastikan ia cuma suatu gurauan atau perbuatan buli.
Berikutan itu, Asyraf Wajdi semalam dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat video tular dikaitkan dengan perbuatan buli membabitkan pelajar di MRSM.
Beliau juga menegaskan tindakan tegas bakal diambil sekiranya kejadian dalam rakaman video berkenaan adalah perbuatan buli yang memang berlaku di institusi berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.