“Saya Bukan Islam Tapi Saya Cubalah Puasa,”- Alvin Chong Bangun Sahur Makan Kurma, Pesan Muslim Jangan Tinggalkan Solat

Share

Pelakon dan hos, Alvin Chong ada memuat naik satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini dilihat sedang bersahur untuk menjalani hari pertama ibadah puasa.

Meski bukan beragama Islam, Alvin memberitahu, dia cuba usaha melakukan perkara tersebut sebagai menghormati orang Islam yang berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini.

“Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu, bukan Islam ke, Cina ke, India ke.

“Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh?

“Siapa nak pergi tidur pergilah tidur tapi jangan tinggal solat okey?” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut memberi kata pujian dan semangat kepada pelakon berusia 30 tahun itu.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 80,000 kali oleh pengguna Instagram.

Foto: Instagram Alvin Chong

IKLAN