Pelakon dan hos, Alvin Chong ada memuat naik satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini dilihat sedang bersahur untuk menjalani hari pertama ibadah puasa.
Meski bukan beragama Islam, Alvin memberitahu, dia cuba usaha melakukan perkara tersebut sebagai menghormati orang Islam yang berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini.
“Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu, bukan Islam ke, Cina ke, India ke.
Ads
“Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh?
“Siapa nak pergi tidur pergilah tidur tapi jangan tinggal solat okey?” katanya.
Suami kepada pelakon, Ummie Nazeera, Dr. Izzar Anwari meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam jurusan Kesihatan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jelas Dr. Izzar, selain para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan, dia juga ingin berterima kasih buat Ummie kerana sentiasa ada bersamanya sepanjang tempoh pengajian tersebut berjalan.
“Alhamdulillah. Selesai Sidang 2, Majlis Konvokesyen ke-48, Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Selesai Master of Public Health saya. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua graduan. Dah jadi alumni UKM kita sekarang
“Terima kasih kepada SV Prof Azimatun, pensyarah-pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perjalanan ini. All the best semua
“Terima kasih kepada isteriku @umminazeera kerana memahami dan juga kepada ahli keluarga semua untuk sokongan selama ini.
Rasa gembira itu dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr. Izzar turut menyeru kepada orang ramai supaya menanam keinginan untuk menambah ilmu andai diberikan peluang.
“Bila ada peluang untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu. Korang ambillah peluang tu. Jangan asyik dok tiktok dan membuang masa.
“Belajarlah sehingga ke menara gading. Walaupun kita masih taktau ape bende ada kat sana tu sebenarnya. Mai mana menara gading tu? katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Dr. Izzar akan mengecap lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Sekadar info, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesah.
Sumber: Instagram Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokal kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Leez Rosli telah pun selamat bersalin anak kedua mereka pada jam 8.30 pagi tadi.
Aepul, 33, berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
“ I’ve got a new rocking partner,” tulisnya dalam satu hantaran lainnya pula.
Perkongsian itu juga nyata membuatkan para peminat serta rakan selebriti tumpang sama ucapkan syukur seterusnya mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha.
Foto: Instagram Aepul Roza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sekarang saya masih lagi single meski sudah berusia.” Itu kata pelakon, Isyariana Che Azmi apabila ditanya mengenai kisah peribadinya ketika ini.
Isyariana, 31, berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut kerana keutamannya kini hanya kepada kerjaya seni yang makin bersinar.
“Tak adalah risau sangat, cuma sekarang ini, lebih mahu fokus dengan kerjaya. Sekarang saya sudah berusia 31 tahun.
“Boleh dikatakan, sudah ada yang mulai kenal jadi lebih baik saya betul-betul fokus terhadap perkara yang saya mahu dilakukan terlebih dulu. Jaga tingkah laku dan kerjaya sahaja.
“Kalau selepas ini ada rezeki (jodoh), ada yang nak ‘offer’ meminang ke… bolehlah,” katanya berseloroh.
Ditanya sama ada dia bimbang andai lambat sampai jodoh, penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 33 berkata dia lebih selesa menanti.
“Saya tak takut sebab lebih baik untuk kita tunggu seseorang yang tepat, berbanding buang masa dengan orang yang salah. Pengalaman mendewasakan.
“Sebelum ini perhubungan yang hadir bukanlah ‘toxic relationship’, cuma saya sejak dulu tanggung keluarga. Jadi untuk sisi peribadi misalnya soal teman lelaki, perkara itu sudah jatuh nombor dua atau nombor tiga, mungkin keempat.
“Saya anak tunggal namun turut punyai adik beradik tiri. Sebab itulah sekarang saya tumpu pada kerjaya. Ini bermakna ada perkara yang perlu diberikan keutamaan, merekalah nadi hidup saya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Isyariana kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 65 episod, Hati Yang Dikhianati, yang telah pun bersiaran di Astro Prima.
Turut dibintangi Amar Baharin, ia merupakan adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
Isyariana berkata, dia membawakan watak Lisa Estrada atau Nur Melissa dalam siri adaptasi terbabit. Bagaimanapun, watak Nur Melisa digambarkan lebih kasar berbanding Lisa yang lemah lembut.
“Saya akui agak tertekan apabila diberi kepercayaan membawakan watak utama dalam drama yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.
“Paling bimbang jika ada membandingkan watak Nur Melisa dengan Lisa. Walaupun drama Hati Yang Dikhianati hampir 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza.
“Karakter Lisa suka menangis dan sedih tetap ada, cuma Nur Melisa lebih kuat, tetapi tidaklah terlalu bersifat feminin seperti Lisa,” katanya lagi.
Foto: Astro, Instagram Isyariana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!