Penyanyi dan usahawan, Mili Jirin menerusi jenamanya, Bizmilla dengan kerjasama Malakat Mall di dalam Kempen RM5 Juta Tunai Percuma diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmila Jirin, kempen yang bermula 31 Julai itu dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di negara ini.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya yang diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Malah dia juga turut melakukan bisnes lain seperti menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi kelangsungan hidup.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan dan macam-macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini.
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasaseperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.
Ads
“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu.
“Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya yang turut menutup operasi Restoran Embun Urai di Tasik Prima Puchong buat sementara waktu.
Sementara itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer diSelangor, KL dan Melaka.
Ads
“Ia dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Walletdi Malakat Eco App,” katanya lagi.
Menariknya juga, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
Ads
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” katanya.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya Malakat Grocer ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur,Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly menyifatkan dirinya mempunyai hak untuk menuntut komitmen penuh daripada para pelakonnya bagi memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang telah dipertanggungjawabkan.
Jelas Shiela, selain membalas kepercayaan pihak stesen tv, dia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan karya-karya berkualiti yang kini semakin didambakan oleh para penonton.
“Anda perlu faham, saya ini merupakan seorang produser. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan yang terbaik buat penonton yang mendambakan drama yang berkualiti.
“Saya juga dah dipertanggungjawabkan oleh pihak stesen tv untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik. Sebab itu saya demand lebih daripada para pelakon saya supaya mereka membuat persediaan.
“Saya tak minta mereka sujud di kaki saya. Mereka tak perlu bagi saya apa-apa. Saya hanya nak mereka datang ke set pengambaran dalam keadaan bersedia. Itu sahaja.
“Persediaan yang saya tuntut itu adalah persediaan yang telah saya bayar 30% hingga 50%. Bukan mereka berlakon secara percuma,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, sekiranya dia hanya melakukan tugas tersebut secara sambil lewa, dia lebih rela mengalihkan sepenuh tumpuan itu terhadap bisnes restorannnya.
“Bila anda dah dipertanggungjawabkan untuk membawa apa-apa watak, anda perlu ada usaha untuk memberikan yang terbaik. Sebagai producer saya juga ingin memberikan yang terbaik.
“Saya pun dah lama dalam industri ini. Dah dekat 30 tahun. Kalau hasil kerja saya sekadar melepaskan betuk di tangga, lebih baik saya fokus restoran saya sahaja. Tak perlu saya buat drama lagi,” ujarnya lagi.
Isteri kepada pengarah, Jinggo itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia sebolehnya mahu menjadi contoh yang terbaik buat para penerbit lain di luar sana.
“Saya juga kena bagi contoh kepada para penerbit yang lain supaya mereka tahu drama yang mereka terbitkan, kenal para pelakon dan tahu apa tugas pengarah.
“Jangan hanya berjanji manis dengan pihak stesen tv tapi bila karya dah siap hasilnya entah apa-apa.
“Ini adalah amanah kita untuk hasilkan karya yang terbaik untuk tatapan penonton yang sanggup duduk 1 jam di hadapan tv untuk tengok drama kita. Jadi kenapa kita perlu buat main-main,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, kelangsungan hubungan menjadi agak terbatas dan tidak lagi seperti kelaziman ekoran pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.
Meski tidak berpeluang untuk bertemu, bintang dua negara, Datuk Siti Nurhaliza dan rakannya dari Indonesia, penyanyi Kris Dayangi akan bersama-sama menerusi satu sesi ‘IG Live’ istimewa, Jambatan Kasih Malaysia Indonesia.
Perkara tersebut dimaklumkan Siti menerusi satu hantaran di Instagram, malam ini, jam 8.00 malam (waktu Indonesia) atau 9.00 malam (waktu Malaysia).
“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, love @krisdayantilemos namun kami sering bermesej dan bertanya khabar.
“Tidak ada apa yang membataskan, apatah lagi kes pandemik Covid-19 di Malaysia dan Indonesia semakin bertambah angka hari demi hari,” tulisnya.
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini juga berharap sesi tersebut memberi ruang buat mereka untuk sama-sama berkongsi cerita serta perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19 di kedua-kedua negara.
“Namun jambatan kasih dan ingatan bakal menemukan kami berdua di IG live pada malam esok. Jam 9 malam waktu Malaysia dan 8 malam waktu Indonesia.
“Jangan lupa menonton kami berdua CTKD malam esok di IG saya dan moga kita boleh saling berkongsi, berbahagi cerita dan perkembangan terbaharu termasuk keadaan pandemik di negara masing-masing #ctkd,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...