Gitaris JoBranko memaklumkan dia berhak untuk membawakan apa sahaja lagu di Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ pada 28 Jun depan, termasuk lagu daripada kumpulan lamanya, Wings.
Menurut JoBranko atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, kebanyakan lagu yang akan dibawakan itu ialah hasil ciptaannya dan ia sebagai tambahan memandang Barbarik baru mempunyi enam buah lagu baharu.
“Saya boleh bawakan lagu sesiapa pun sebab ini konsert kami. Kebanyakkan lagu-lagu itu diciptakan oleh saya. Saya mahu buat lagu-lagu itu lebih segar pada malam konsert nanti.
“Barbarik baru ada enam buah lagu baru. Jadi, kita memang perlukan lagu-lagu di zaman saya dan Muss May.
“Ada kalanya, peminat mahu dengarkan muzik dan bunyi yang asal. Saya boleh jamin kalau kami mainkan lagu-lagu dari kumpulan lama saya dan Mus, anda akan dengarkan seperti mana kita rakam dahulu.
“Kalau ikutkan, macam-macam lagu peminat minta. Jadi, kita bagi sikit-sikit dahulu,” katanya kepada MH.
Ads
Pemuzik itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Album & Konsert Peluru Cokelat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ada Segmen ‘Retro Akustika’
Katanya lagi, konsert ini turut mempunyai segmen ‘Retro Akustika’ bersama barisan gitaris undangan iaitu Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza dan diiringi oleh lapan orang barisan ‘string octet’.
Segmen ini bakal membawa penonton melewati garis masa era 1980an dan 1990an dengan lagu lagu malar segar.
Ads
“Pada saya, ini ialah sebuah konsert baharu. Pada masa sama, ia tidak berapa baru juga. Baru itu mungkin dari segi meterial. Saya mahu konsert ini ada isi agar mereka yang datang puas hati.
“Maka, timbullah idea untu mengadakan ‘Retro Akustika’. Terima kasih kepada Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza kerana sudi bergabung dengan Barbarik.
“Kita juga akan diiringi lapan orang barisan ‘string octet’,” kongsinya lagi.
JoBranko turut memaklumkan, konsert ini tidak akan mempunyai banyak selingan dan mereka akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap persembahan pentas.
Ads
“Konsert ini tidak akan membuang masa. Dari mula sampai habis, ia akan terus berjalan. Bila saya dapat penyanyi yang betul-betul fokus, barulah saya boleh buat konsert yang penonton nak pergi ‘tandas’ pun rasa sayang.
“Kalau mereka tertinggal, mereka akan tercicir momen-momen yang best. Kita akan selang seli dengan repertoire yang orang tidak akan jangka,” akhirinya.
Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.
Tiket dijual bermula pada harga RM150 (Free Standing), RM280 (VIP Seating) RM380 (VVIP Seating) dan RM8,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Idea Live Arena, arena tertutup terbesar yang terletak dalam pusat beli-belah di Malaysia, kini dibuka secara rasmi. Terletak di pusat beli-belah 3 Damansara.
Ia mampu memuatkan sehingga 7,000 penonton dan dilengkapi sistem teknikal terkini sesuai untuk konsert, pameran serta pelbagai acara berskala besar.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pelancaran arena ini selari dengan pengumuman insentif Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
“Kita mengalu-alukan fasiliti begini, bukan saja dari sudut hiburan, malah pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan hiburan serantau,” ujarnya.
Arena ini dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM40 juta yang melibatkan kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian dan pemasangan sistem audio, pencahayaan serta visual bertaraf dunia.
Ia menawarkan sehingga 5,000 tempat duduk atau 7,000 tetamu dalam susunan campuran duduk dan berdiri.
Tambah Azmir, sambutan terhadap Idea Live Arena sangat menggalakkan.
“Saya dikhabarkan walaupun hari ini hari pelancaran Idea Live Arena, tempahan sudah penuh sehingga hujung tahun.
Seperti mana kita menggalakkan penonton menonton filem di pawagam, kita juga mahu mereka menikmati muzik di lokasi yang kondusif,” katanya.
Arena ini turut menampilkan ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis serba lengkap serta lima kotak VIP mewah bagi menjamin keselesaan penganjur dan penonton.
Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing dan diserikan dengan persembahan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.
Dengan kelengkapan berkelas antarabangsa, kewujudan arena ini dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta menyumbang kepada peningkatan trafik pelawat, khususnya di Petaling Jaya.
Lokasi strategiknya dalam pusat beli-belah turut menjadikan ia elemen penting dalam menyokong kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan pilihan di rantau ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh, Chazynash tampil menafikan dakwaan yang kononnya kes perpisahan bersama bekas isteri, Fatin Morad berpunca daripada orang ketiga.
Menurut Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernash Syed Badlishah, dakwaan tersebut disifatkan sebagai agak keterlaluan dan segala cerita telah ditokok tambah.
“Memandangkan dah jadi makin merapu, saya ingin membut penjelasan berkenaan isu yang sedang tular di Threads melibatkan diri saya.
“Saya mohon agar semua pihak menghentikan penyebaran dan menokok tambah cerita yang tidak benar itu.
“Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam penceraian saya bersama Fatin Morat.
“Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan Chazynash menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram.
Pada masa sama, Chazynash mengakui dia kini sedang rapat dengan seorang wanita namun, perkenalan mereka bermula selepas dia dan isteri bercerai.
“Berkaitan dengan Threads yang sedang tular itu, ingin saya jelaskan bahawa saya mula berhubung dengan individu berkenaan hanya beberapa bulan selepas perceraian dan menjadi lebih rapat sejak Mei.
“Saya juga ingin menegaskan kepada semua pihak, termasuk akaun palsu, agar berhenti menyebarkan cerita tidak berasas itu. Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan, kami terbuka untuk berbincang secara bersemuka,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia dan bekas isteri masih lagi mempunyai hubungan yang baik dan fokus mereka kini adalah untuk membesarkan anak-anak bersama-sama.
“Saya mohon agar segala tohmahan dan spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik kami dihentikan segera.
“Saya dan Fatin Morat sudah pun berbaik-baik demi keharmonian anak-anak, jadi janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Terima kash atas keprihatinan dan hormat anda,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, Chazynash mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan dia dan bekas isteri sudah bercerai pada 23 Januari lalu.
Pada masa sama, Chazynash turut mengakui perceraian itu berlaku disebabkan kesilapannya sendiri.
Sebelum ini, netizen di media sosial sering bertanyakan status rumah tangga Chazynash disebakan sudah jarang memuat naik konten bersama isteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida, berkongsi perjalanan awal dan jatuh bangun mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shahida mengimbau kembali detik-detik ketika mereka baru sahaja memulakan langkah dalam bisnes sekitar tahun 2007 dulu.
Jelas Shahida, ketika itu mereka tidak memilih lokasi jualan dan akan menyertai apa sahaja acara atau karnival yang menyediakan ruang untuk membuka gerai.
“Usaha tidak mengkhianati hasil, 2007 kami start niaga pasar. Di mana ada karnival, ada ruang buka booth semua kami masuk.
“Paling lucu suami carikan saya job makeup pengantin dekat Sungai Buloh dengan upah RM50 sahaja.
“Apa lah khabar pegantin tu ek.. Dia ingat tak dua orang manusia ni makeupkan hari sanding dia,” imbaunya.
Pada hantaran sama, Shahida turut menceritakan detik mereka yang akhirnya berjaya memiliki sebuah bangunan sendiri bagi mengembangkan empayar perniagaan mereka, d’Herbs.
“Wisma ni kami beli tahun 2014, masa tu Alhamdulillah dHerbs mula dikenali, sebelum ni hanya beroperasi di lot kedai.
“Masa nampak bangunan ni tengah dibina, kebetulan sangat dekat dengan rumah kami, terus cadang pindah di sini. Alhamdulillah masih lagi kami di sini,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menjadi inspirasi kepada para pengikutnya, malah sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.