MH akui makinlama Ifa Raziah kelihatan sangat menawan lagi pula gaya-gaya yang sering digayakan Ifa sangat in-trend dan mengikuti perkembangan semasa.

Baru-baru ini MH ada berkongsi wajah terkini Ifa yang kelihatan semakin awet muda sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana selebriti ini boleh mengekalkan kecantikan begitu.

Fuhhh makin lama makin nampak muda Ifa Raziah sekarang! ?

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 23 March 2018

Namun tidak dinafikan ada juga beberapa mulut-mulut jahat yang mula menuduh kononnya Ifa berhabis duit demi ‘memasang badan dan muka’ untuk memastikan namanya kekal relevant dalam industri.

Tetapi memetik laporan mStar Online yang sempat menemuramah selebriti ini memberitahu sebenarnya Ifa hanya melakukan rawatan yang sama seperti wanita lain.

IKLAN

‘Saya Bersyukur Kerana Semakin Cantik, Sihat & Nampak Muda’ – Ifa Raziah

Malah dia akui ada berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah kulit sensitif yang dimilikinya.

Bukan itu sahaja, Ifa akui turut melakukan rawatan kulit seperti pergi facial sekurang-kurangnya seminggu sekali.

IKLAN

“Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati.

 

“Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.

 

“Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain,” jawab Ifa kepada mStar Online.

‘Saya Bersyukur Kerana Semakin Cantik, Sihat & Nampak Muda’ – Ifa Raziah

Tidak kisah dengan kata-kata serta tuduhan orang ramai, Ifa memberitahu lagi dia sangat menitik beratkan tentang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk memastikan kesihatan yang baik serta mendapat bentuk badan yang sesuai.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia juga tidak makan daging serta makanan laut kecuali ikan.

SUMBER: mStar Online

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI