Uncategorized

‘Saya Bersyukur Ada Isteri, Dua Orang Anak Bersama Saya’ – Farid Kamil Jelaskan Isu Rumah Tangganya

Share

Nampaknya cerita Datuk Farid Kamil masih mendapat perhatian ramai. Gara-gara memuat naik sekeping gambar belatar belakangkan balai polis sambil memegang laporan polis, ramai yang ingin tahu apa terjadi sebenarnya.

Tambah pula dengan dakwaan kononnya Farid membuat laporan polis ada kena mengena dengan isu rumah tangga membuatkan ramai orang mula bersepkulasi dan keliru apa yang sudah jadi.

Namun pagi tadi, Farid yang telah ditemui oleh mStar telah menjelaskan hubungannya bersama isteri, Datin Diana Danielle masih dalam keadaan yang baik dan tiada masalah di antara mereka.

Malah Farid juga sempat melahirkan rasa syukur kerana anak-anak dan isterinya sentiasa bersamanya.

“Hubungan saya dan isteri baik-baik sahaja dan tiada sebarang masalah antara kami.

 

“Saya bersyukur ada isteri dan dua orang anak yang sentiasa ada bersama saya,” jelasnya kepada pihak media.

Dalam masa yang sama, Farid yang ditemui selepas selesai ikat jamin atas pertuduhan penyalahgunaan dadah, memberitahu dia sudah berjumpa dengan kedua-dua orang anaknya.

Malah, Farid juga tidak lupa berterima kasih pada semua rakyat Malaysia yang tidak henti menyokongnya.

Bagaimanapun Farid tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang laporannya yang menjadi bualan hangat semalam kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.

SUMBER: mStar

IKLAN