Ads

“Saya Berani Junjung Quran…,” – Kamal Adli Nafi Pernah Pukul Isteri, Minta Uqasha Tunjuk Laporan Polis & Kesihatan

Pelakon Kamal Adli, tampil menafikan dakwaan dia pernah mendera dan mengasari isterinya yang juga aktres terkenal, Uqasha Senrose.

Menerusi laporan media pada pagi Khamis, Kamal menegaskan tuduhan tersebut sama sekali tidak benar, malah dia berani bersumpah bagi membersihkan namanya.

Kamal turut menggesa agar Uqasha mengemukakan bukti berupa laporan polis atau rekod kesihatan sekiranya dakwaan itu benar berlaku.

“Saya Berani Junjung Quran…,” – Kamal Adli Nafi Pernah Pukul Isteri, Minta Uqasha Tunjuk Laporan Polis & Kesihatan

“Ini dakwaan yang salah. Saya sudah agak hal ini akan berlaku. Saya berani menjunjung Al-Quran yang saya tak pernah memukul isteri saya. Demi Allah dan demi ibu bapa saya.

“Jika ada bukti laporan polis atau kesihatan yang menunjukkan saya memukul dia, sila tunjukkan. Saya berani cakap demi Allah yang saya tak pernah pukul, angkat tangan atau tumbuk isteri saya.

“Nak fitnah saya, tak mengapalah,” katanya seperti yang dipetik.

“Cuma Nak Pertahankan Rumah Tangga”

Menurut Kamal lagi, dakwaan tersebut didakwa timbul selepas dia membuat keputusan untuk tidak menceraikan isterinya pada prosiding yang berlangsung sebelum ini.

Ads

“Saya Berani Junjung Quran…,” – Kamal Adli Nafi Pernah Pukul Isteri, Minta Uqasha Tunjuk Laporan Polis & Kesihatan

“Bagaimana pula boleh ada laporan polis? Tak benar tu. Saya rasa hal ini berlaku disebabkan saya tak nak ceraikan dia. Saya hanya nak mempertahankan rumah tangga saya.

“Aib isteri saya simpan. Apa yang terjadi kepada saya, saya tidak akan dedahkan. Sejak awal dahulu, macam-macam dia cakap fasal saya.

“Saya masih hormat isteri saya dan saya rasa anak saya tak perlu melihat perkara seperti ini bila dia sudah besar nanti. Ia tak elok untuk anak saya. Sejak dahulu lagi, saya asyik sabar sahaja,” ujarnya lagi.

Ads

Kamal Tegas Bersihkan Nama

Kamal menegaskan dia kini perlu bersikap lebih tegas bagi membersihkan namanya daripada segala tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

“Saya Berani Junjung Quran…,” – Kamal Adli Nafi Pernah Pukul Isteri, Minta Uqasha Tunjuk Laporan Polis & Kesihatan

“Kini saya perlu tegas fasal isu ini. Ini bukan hal main-main. Saya nak pertahankan rumah tangga saya. Anda sendiri boleh lihat, saya tak pernah burukkan dia. Saya saya selama.

“Kalau nak cakap tentang laporan polis, saya juga boleh buat laporan polis. Saya pun ada gambar dan bukti-bukti. Malah, ada yang melekat di badan saya yang saya tak boleh buang lagi.

Ads

“Saya datang ke sini untuk mempertahankan dan bukan untuk marah. Apa yang saya kena ini, saya rasa ia sudah ditahap maksimum,” ujarnya.

Terdahulu, pada pagi Khamis, Kamal dan Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menghadiri prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sementara itu, mahkamah menetapkan prosiding perceraian pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari depan.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Kamal Adli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon Dan Pelawak Terkenal, Amy Schumer Sah Berpisah Dengan Suami Selepas...

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer, mengesahkan perpisahannya dengan suami, Chris Fischer, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh...
error: Hello. Cannot.