“Saya Belum Pregnant,” – Sheryl Shazwanie

Share

Penyanyi Sheryl Shazwanie tampil menjawab persoalan peminat mengenai telahan ramai yang mendakwa dia kini sedang hamil anak pertama.

Menurut isteri kepada penyanyi Azzam Sham ini, dia belum lagi mengandung, namun meminta semua agar mendoakan yang terbaik.

“Previous post was very controversial. Azzam Sheryl Junior belum ada lagi guys. Doakan yang baik baik untuk kami okay,” jelas Sheryl pada hantaran terkini di Instagram.

Sementara itu menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Perasaan dan Hati-Hati Dengan Cinta ini sekali lagi menjelaskan perkara sama.

“Komen kat FB semua tak rileks. Btw saya belum pregnant. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Terdahulu, perkongsiannya di Instagram menjadi perhatian peminat apabila ada yang mendakwa figura Sheryl tampak berubah dan ‘baby bump’ juga seolah-olah kelihatan.

Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Petaling Jaya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN