Penyanyi Sheryl Shazwanie tampil menjawab persoalan peminat mengenai telahan ramai yang mendakwa dia kini sedang hamil anak pertama.
Menurut isteri kepada penyanyi Azzam Sham ini, dia belum lagi mengandung, namun meminta semua agar mendoakan yang terbaik.
“Previous post was very controversial. Azzam Sheryl Junior belum ada lagi guys. Doakan yang baik baik untuk kami okay,” jelas Sheryl pada hantaran terkini di Instagram.
Sementara itu menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Perasaan dan Hati-Hati Dengan Cinta ini sekali lagi menjelaskan perkara sama.
“Komen kat FB semua tak rileks. Btw saya belum pregnant. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, perkongsiannya di Instagram menjadi perhatian peminat apabila ada yang mendakwa figura Sheryl tampak berubah dan ‘baby bump’ juga seolah-olah kelihatan.
Penampilan usahawan, Datuk Seri Vida menerusi program Big Stage 2022 minggu keenam, pada Ahad, mencuri perhatian ramai apabila tampil menduduki kerusi Presiden Netizen dengan mengenakan solekan yang tebal.
Malah, kening dan bulu matanya palsu bewarna putih yang dikenakan Vida dilihat cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini.
Menerusi Instagram, wargamaya memberikan reaksi pelbagai terhadap penampilan penyanyi lagu I Am Me itu di ruangan komen. Malah ada yang menasihatkan Vida supaya tampil biasa dengan mengenakan solekan lebih ringkas.
Bagaimanapun menerusi TikTok, Vida menjelaskan penampilannya itu ada kaitan dengan muzik video yang dilancarkan tidak lama lagi.
“Tetaplah. Bertenang besties. Walaupun dikecam mekap huduh, saya mekap ikut tema mingguan. Minggu ini tema ‘change 360’. Jadi saya mekap lain dari kebiasaan.
“Saya mekap sendiri sahaja pun. Ini adalah sempena muzik video saya, one of the character. Inside my music video. So you have to watchlah,” katanya lagi.
Vida terlebih dulu ada berkongsi sedutan dirinya bersiap untuk tampil di dalam muzik video single terbaru yang berjudul Ku Ikhlaskan yang dijangka bakal dilancarkan pada 20 Mac depan di Instagram.
Menurutnya, muzik video berkenaan dihasilkan dengan kos sekitar hampir setengah juta.
“Coming soon lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan. 360 darjah dari Dato Seri Vida yang anda kenal. Rakaman mengambil masa 10 malam. Music Video 5 hari. Menelan kos sebanyak RM400,000.
Penyanyi Mas Idayu tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang dan tidak menolak kemungkinan untuk membawa perhubungan tersebut ke fasa serius.
Mas Idayu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang sedang dikenali, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.
“Selama hampir lebih 15 tahun hidup sendiri, saya terkejut dan tidak menyangka akhirnya hati terbuka untuk mengenali seseorang.
“Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil untuk jawab soalan ini.
“Selama ini, sebenarnya saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru meski banyak lelaki yang cuba mendekati.
“Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat, namun sekiranya saya okey, anak pula sebaliknya.
“Sebenarnya, saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk berteman,” katanya ketika ditemui pada program realiti Mic On, di Sungai Buloh.
Mas Idayu menambah, dia sendiri tidak sangka bahawa doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang bekerja dalam industri.
“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup, walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama.
“Tahun lalu ada orang yang usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh katakan, dia bukanlah dalam kalangan selebriti.
“Kami juga sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja daripada semua, Insha-Allah,” katanya.
Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Gaseka dan bercerai sekitar tahun 2006.
Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak, Achey Bocey, Hasanah Yahaya menyatakan rasa syukur selepas menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada April nanti.
Menurut Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, Achey menghadiahkannya kereta tersebut demi keselesaan keluarganya memandangkan anak mereka juga kini sudah semakin membesar.
“Alhamdulillah terima kasih by @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni hehe. Dia kata boleh buat raya.
“Patut la asyik la hint-hint kita je. Muat lagi ke awak keluar dengan Tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu hehehehe. Kita cakap la boleh la. Selit-selit terselit. Rupanya dia dah rancang awal. Thank you,” coretnya dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini akui sedih apabila terpaksa menjual kereta lamanya itu yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun.
Dikesempatan itu juga, Anne turut merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya diatas kejutan tersebut.
“Terima kasih jugak baby kuning berkhidmat tujun tahun dengan saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam dekat mana-mana. Alhamdulillah dia jaga kami satu keluarga dengan baik. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang.
“Nak jual dia pon air mata berderai sebab terlalu sayangkan dia tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah hehe. Tu yang achey gantikan dengan baby baruuuuu.
“Welcome to my family baby boo. Saya akan jaga awak baik-baik dan sayang awak sepenuh hati. I LOVE U so much. Baby boo and baby yayang @acheykintangkintung,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Achey dan Anne akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Ya Allah semoga suatu hari nanti kami suami isteri juga akan merasa rezeki seperti ini. Insya Allah.
“Wahhh bestnyeee. Alhamdulillah rezeki. Happy birthday in advance ye.
“Alhamdulillah syukur ya Allah happy murah mewah rezeki abang seisi family.
“Tahniah. Alhamdulilah murah rezeki semoga kekal bahagia kelurga Acey dan Anne ke akhir hayat hendaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah mendirikan rumahtangga bersama Anne sejak 11 tahun yang lalu dan mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anne Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.