Menanti detik bergelar ibu pada usia muda, pelakon Elfira Loy kini dalam proses menyediakan ruang bilik tidur untuk cahaya mata sulungnya itu.
Kongsi Elfira, dia amat teruja untuk menyediakan keperluan diri sendiri dan keperluan anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.
“Lagi dua bulan!! Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Apa-apa pun, saya sangat excited!.
“Saya begitu teruja untuk menyediakan bilik nurseri, membeli keperluan untuk bayi, untuk diri sendiri agar semuanya teratur.
“Tetapi saya perlukan rancangan supaya saya tak stress. haha.
“Rancangan saya adalah untuk melabel setiap compartments, membeli barangan tersebut dan meyediakan ruang bagi setiap benda.
Ads
“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan & segalanya tentang bayi.
“Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru mcm “ohh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama. Hehe. Terima kasih!,” tulis bintang Kum Kum ini.
Berlatarkan foto bersama isteri dengan luahan hati, Datuk Boy Iman membayangkan kehidupannya selama ini telah musnah dan tidak mahu lagi dalam kepura-puraan.
Jelasnya lagi, dia tidak mahu hidup dalam dosa kerana hukum tetap hukum.
“Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah.
Dari terus hidup dalam kepura-puraan,
Dari hidup dalam fantasi walaupun realitinya tidak begitu.
“Dan yang amat berat untuk ku telan ialah hidup dalam keadaan berdosa kerana hukum tetap hukum.
“Hukum bukan mainan..ianya akan dihisab dan sedang diperhatikan oleh Allah Taala untuk diberi balasan bukan sahaja disana tetapi di dunia ini,” tulisnya.
Bahkan, pelakon dan penerbit ini turut menyatakan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak walau keadaan tidak lagi sama seperti dahulu.
“Doakan aku utk terus berani menghadapi semua ini serta kuat menerimanya sebagai satu aturan yang sempurna dan terbaik untuk aku dan terbaik untuk engkau dari Allah.
“Aku tetap menyayangi dirimu dan anak2 walaupun kita sudah tidak menjadi kita lagi,” kongsinya yang seakan-akan menjurus kepada kehidupannya sekeluarga.
Penyanyi, Altimet ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya yang menyifatkan kulit wajahnya sebagai perisai untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi melibatkan hal negatif.
Malah, bintang berusia 41 tahun ini turut memaklumkan, kulitnya itulah yang melindungi dirinya dari wanita yang boleh melalaikan!
“Kulit aku perisai aku. Kulit aku byk lindungi aku dari benda2 negatif. Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang mcm ni dalam hidup aku. Alhamdulillah.
“Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Amboi itu turut menyatakan dia pernah dipandang rendah akibat kulitnya.
“Kulit aku pernah membuat saingan2 aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat & handal untuk mengatasi mereka. You know who you are.
“Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa utk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu aku menggantung harga diri aku pada kualiti karya aku.
“Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dgn lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain.,” luah Altimet.
“Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi tembaklah kuat mana, InsyaAllah tak lut.
Di samping itu, penyanyi tersebut turut memberi kata-kata nasihat kepada netizen yang senasib dengan dirinya.
“Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kecewa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hiahmya. Lagipun, Kulit yang mulus/cantik tak kekal selamanya. #CakapTerang #Kulit,” tulisnya.
Kini berada di Mekah bagi menunaikan fardhu haji, Rozita Ibrahim berkongsi pengalaman saat berada di tanah suci.
Usahawan yang juga ibu kepada Aliff Syukri ini mengimbau sewaktu zaman mengerjakan haji tahun 2006 lalu.
Ulasnya, dia melihat sendiri bagaimana jemaah yang uzur tidak mampu berjalan sehingga terpaksa membuang air kecil di depan tandas.
Malah, disebabkan terlalu padat, ramai jemaah meninggal dunia sewaktu melontar jamrah, dakwanya.
“Kami practice melontar dn melawat kawasan2 yg akn jd tumpuan mas ahaji nanti , Beza sgt kawasan ni dgn zaman dulu sy pergi 2006.
“Saya pergi dgn t haji muasasah cuma rm9800 xsalah sy sorang caj dikenakan
“Pengalaman ni sedih sgt sy melihat jemaah tua ibu ayah tua uzur kencing xkuat jalan terpaksa kencing depan2 tandas ..baris pnjang..Dlm kemah baring atas tikar dn ada jemaah Indon xda makanan masa tu merayu2 minta kami makanan.
“Saya bawa 2 bapa saudara uzur ..Arwah ayah , mak dn kri masa tu ..Alhamdulillah haji akbar dn musim sejuk tp ramai org sakit. (klau dulu byk org mati masa melontar sbb sesak) sekarang ada 3 tingkat dn kami akn melontar dibhagian bawah sekali kata uzt tempat original org zaman dulu melontar,” jelasnya panjang lebar.
Namun, banyak kemudahan telah disediakan demi memberi keselesaan kepada bakal haji.
Kongsi ibu mertua kepada Nur Shahida ini lagi, dia dikhabarkan bahawa khemah berdekatan yang disewa jemaah Malaysia juga dikatakan berharga sekitar RM30,000.
“Sepanjang jalan dipenuhi air sprinkler dn air cond ( masa kami jalan ni mmg selesa sbb org x ramai ..masa kejadian nanti xda dah rasa sejuk air2 ni sgt ramai dalam 2 juta lebih katanya ..petugas saja dalam 70ribu org kalau x salah dengar sy , uzt terangkan )
“Masa kami practise ni askar polis ramai sgt dan air2 minuman ramai org sedekah dn jual siap bagi roti sekali ..Swmua kat sini sgt mahal dn xda yg mewah pun…x sama dekat mesjid haram ..Kemah kami sewa sehari tu je katanya 30k..!! .Kemah kami no 111 antara kemah paling dekat masa tu ..
“Hotel dn makanan ..mahal sgt Sbb kawasan ni hanya digunakan setahun sekali .Apa sy tulis sekadar info bukan utk riak,” jelasnya lagi.
Konsert minggu kedua program realiti, Big Stage Rocketfuel malam tadi menyaksikan Sufie Rose menjadi peserta pertama yang tersingkir selepas persembahannya menerusi lagu Panas nyanyian asal kumpulan De Fam gagal memikat hati barisan juri.