Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur gembira atas perkahwinan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail bersama penyanyi Singapura, Aisyah Aziz, pada Jumaat lalu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, turut berkongsi sebuah vlog perjalanan ke Singapura bersama suaminya, Mohd Haris Ismail, yang juga adik kepada Dr Mohd Fakhrudin Amir.
Ads
Teruja Di Hari Penuh Makna
Menerusi vlog yang dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu, ia sekali gus menggambarkan momen istimewa tersebut sebagai satu detik penuh makna buat dirinya seisi keluarga.
“Berlepas ke Singapura untuk meraikan rasa cinta bersama keluarga. Saya begitu gembira kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang ipar saya, alhamdulillah,” katanya menerusi ruang kapsyen.
Ads
Dalam vlog tersebut, Neelofa turut merakamkan suasana penuh bermakna sepanjang majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Singapura, selain turut sebak tatkala menyaksikan momen penuh emosi itu.
Sehingga kini, hantaran itu sudah pun menerima lebih 140,000 tanda suka yang disusuli dengan ratus komen yang ditinggalkan warganet.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Meskipun baru memasuki prosiding perceraian yang pertama, isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Hidayah Yusri mendakwa suaminya itu kerap kali melafaz talak terhadap dirinya sebelum ini.
Menurut Hidayah, ini bukan kali pertama dia membuat permohonan cerai dan sebelum ini, mereka pernah menghadiri perbicaraan di mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai.
“Saya pun tak tahu apa yang diperkatakan oleh pihak Edika kepada media. Namun ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan. Memang hari ini saya membuat permohonan cerai.
“Tapi sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mambuat permohonan cerai. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang telah dilafazkan banyak kali,” katanya kepada MH.
Hidayah berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Bagaimanapun, Hidayah memaklumkan Edika menafikan segala dakwaan mengenai lafaz cerai dan telah mengangkat sumpah laknat.
“Tapi Edika telah menafikan segalanya dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari. Kemudian saya teruskan dengan permohonan cerai.
“Pada Disember lalu, saya sudah buat pengesahan lafaz cerai dan bulan Januari kita naik ke mahkamah. Edika menafikan semuanya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, anak sulung hasil perkahwinan Nor Hidayah dan Edika iaitu Fardeen Nasrulhaq yang turut hadir menemani ibunya berkata, perceraian adalah jalan terbaik buat ibu dan ayahnya.
“Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk ibu dan ayah saya. Saya harpa selepas ini kedua-dua mereka akan kurang tekanan.
“Sejak kecil saya sudah biasa menjaga ibu. Rasanya tiada beza pun sekarang,” katanya.
Pagi Rabu, mahkamah hari ini menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah.
Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata pihak mahkamah juga membenarkan pihak Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila menyebut tentang figura penting seni tanah air, nama Sifu Dato’ M. Nasir sudah tentu berada dalam kelas tersendiri.
Sepanjang lebih empat dekad bergelar penyanyi dan komposer, beliau nyata memberi impak besar kepada landskap muzik tempatan.
M. Nasir mencatat sejarah sebagai antara komposer paling berjaya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila memenanginya sebanyak empat kali.
Kemenangan sulung diraih pada tahun 1994 menerusi Tanya Sama Itu Hud Hud, diikuti dengan Ghazal Untuk Rabiah (1997), Andalusia (1999), dan Awan Nano (2011) yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip.
Sebagai komposer prolifik, M. Nasir telah mencipta pelbagai lagu malar segar nyanyian penyanyi lain yang terus mendapat tempat di hati pendengar.
Antara karya ikoniknya termasuk Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Fantasia Bulan Madu (Search), Sejati (Wings), dan Mahligai Syahdu (Datuk Hattan).
Tahun ini juga menyaksikan beliau sukses menerusi tiga konsert besar: Konsert M. Nasir Cipta 1 dan Cipta 2 dalam masa dua bulan, disusuli dengan Konsert Cipta Raya pada 13 April di Zepp KL.
Nama Ella juga tidak pernah lekang daripada bibir peminat seni tanah air.
Sinonim digelar sebagai Ratu Rock Malaysia, Ella telah melakar pelbagai pencapaian luar biasa sepanjang kerjayanya.
Pada 1994, Ella mencipta sejarah menerusi album Ella USA, menjadikannya penyanyi rock wanita Malaysia pertama merakamkan album sepenuhnya di luar negara iaitu di California, Amerika Syarikat.
Bagi memperingati ulang tahun ke-30 album tersebut, Ella juga bakal mengadakan konsert khas pada Mei ini.
Ella kekal diingati menerusi persembahan memukau lagu Standing In The Eyes Of The World semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Lagu itu masih menjadi antara simbol penyatuan rakyat Malaysia sehingga hari ini.
Populariti Ella turut membawanya ke dunia lakonan dalam filem seperti Bayangan Maut, Pemburu Bayang, dan Hanya Kawan.
Dua filem pertama mendapat sentuhan pengarah Datuk Yusof Haslam. Walau bagaimanapun, Ella kemudiannya memilihuntuk memberi fokus penuh kepada dunia nyanyian.
Seiring dengan status mereka dalam arena hiburan negara, M. Nasir dan Ella menjadi figura yang paling layak untuk membuat persembahan di pentas berprestij, Final Piala Malaysia pada 26 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aura luar biasa mereka dijangka menyemarakkan semangat penyokong yang hadir ke stadium.
Malah, bermula seawal jam 5.30 petang, penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis popular tanah air iaitu Hael Husini, Nadeera Zaini dan Dinda Diana.
Jadi, rancang perjalanan anda dan sebaiknya datang awal kestadium untuk merasai sendiri kemeriahan dan kerancakan suasana menjelang sepak mula Final Piala Malaysia.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara langsung, sama-samakita rasakan debaran melalui Astro Arena (801), Astro Arena Bola (802, 803), atau ditonton secara penstriman melalui aplikasi sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram M. Nasir & Ella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin memilih pendekatan untuk berkampung di set penggambaran selama sebulan tanpa pulang ke rumah demi menjawai watak untuk filem terbaharunya, Kulit Wayang.
Menurut Fattah, dia mengambil masa selama sebulan itu untuk belajar mengenai dialek Pantai Timur dan berjumpa dengan Tok Dalang sebenar untuk memahami seni wayang kulit.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya sudah jangka dialek ‘Pantai Timur’ ini akan menjadi cabaran terbesar. Filem ini pula mengisahkan mengenai Tok Dalang.
“Saya pula bukan orang Kelantan. Namun, saya sudah buat persediaan daripada awal dan dibantu oleh jurulatih dialek. Bahasa wayang kulit ini juga berbeza.
“Saya buat persediaan untuk memahami dialog selama tiga bulan. Ada sebulan penuh yang saya tidak pulang ke rumah demi memberikan fokus terhadap watak.
“Ketika itu, saya berjumpa dengan ramai Tok Dalang dan orang-orang di sana. Imbas semula setahun yang lepas, saya sangat stress sebab nak buat yang terbaik. Sepanjang sebulan itu juga saya tak menonton TV,” katanya kepada MH.
Fattah berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media Kulit Wayang Cultural Festival, baru-baru ini.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini akui teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan pengarah tersohor Dain Said.
“Saya terima tawaran ini kerana Dain Said. Beliau merupakan pengarah yang berada di top list saya untuk bekerjasama. Beliau juga merupakan pemenang anugerah dan saya nak rasa bekerja di bawah arahan beliau.
“Bila bekerjasama dengan orang-orang yang terbaik dalam bidang masing-masing, sudah tentu kita juga nak jadi yang terbaik.
“Saya nervous berlakon di bawah arahan Dain Said. Mereka yang biasa bekerja dengan Dain Said adalah pelakon-pelakon yang hebat. Dia pun tak mudah nak memilih pelakon.
“Apa yang seronok bekerja bersama Dain, dia bagi peluang untuk para pelakon faham watak yang ingin disampaikan,” ujarnya.
Pada masa sama, Fattah turut meyifatkan Kulit Wayang ini merupakan filem paling mencabar dan memerlukan komitmen kerja yang sangat tinggi.
“Ketika berlakon Pendekar Awang, saya ada asas dalam persilatan. Untuk filem ini, saya langsung tiada pengalaman. Ini adalah watak yang paling susah.
“Kalau anda temu ramah kami selepas habis penggambaran, anda akan nampak roh watak itu,” akhirinya.
Kulit Wayang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei ini.
Selain Fattah, filem seram triler ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih, Reynavenzka Deyandra dan Amanda Ang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...