Selepas bergerak secara solo dan duo, penyanyi, Osama Yamani mahu mencuba satu lagi cabang muzik baharu apabila dia kini telah diperkenalkan sebagai gitaris baharu untuk band Rock Ages.
Menurut Osama, setelah sekian lama menyanyi, dia mahu mencari kepuasan untuk diri sendiri dengan bermain alat muzik kesukaannya itu.
“Saya kini nak libatkan diri dalam bidang penghasilan muzik pula. Saya asyik menyanyi sahaja kebelakngan ini. Apa salahnya kalau saya cuba perkara lain.
“Saya belajar bermain gitar sejak usia saya masih kecil dan pada 2014 saya mula belajar secara serius bersama guru. Band ini juga merupakan rakan-rakan saya ketika menuntut di ASWARA. Jadi, mereka pelawa saya.
“Band ini ditubuhkan sejak anggota kumpulan ini masih kecil. Mereka pun dah lama aktif di luar cuma saya yang baru nak sertai mereka,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra yang berlangsung di Malaysia Tourism Center (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ads
Pada masa sama, Osama turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mampu berdiri sendiri untuk memperjuangkan kerjanya seninya ke peringkat yang lebih tinggi.
“Saya mampu untuk berdiri sendiri dan saya sertai kumpulan ini pun hanyalah sekadar untuk kepuasan peribadi. Sesetengah orang mungkin suka bergerak secara solo dan ada juga yang mendapat kepuasan berkarya bila bersama band muzik.
“Duo bersama adik saya, Zaki Yamani pun satu kepuasan bagi saya sebagai gandingan adik-beradik.
Ads
“Saya tidak akan hilangkan identiti saya sebagai penyanyi. Karier nyanyian saya tidak akan diketepikan cuma minat bermain alat muzik ini saya tak boleh nak lepas,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon bapanya tentang penglibatannya di dalam band Rock Ages, Osama memaklumkan bapanya itu tidak pernah menghalang sebaliknya sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.
“Sebelum ini, dia ada bertanya band ini ditubuhkan untuk apa? Lalu saya bagitahu ia merupakan projek masa hadapan.
Ads
“Ayah saya pun pernah berpesan, buatlah apa sahaja yang kamu mahu. Kalau kamu rasa itu satu kepuasan, dia tak akan larang.
“Cuma katanya, jangan busukkan nama sendiri. Dia tak pernah menghalang saya untuk membuat apa sahaja. Sebaliknya dia yang mengalakkan lagi saya bermain gitar,” ujarnya lagi.
Selain Osama, band ini turut dianggotai oleh Ayen Tommy (drummer), Holy (vokalis), Didi (guitarist 2), Kuzan (keyboardist) dan Bobo (bassist).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ucapan istimewa pelakon Nazrief Nazri buat ulang tahun kelahiran isterinya, Aizatul Aqma Hamdan menarik perhatian ramai.
Menghargai pengorbanan isteri, Nazrief, 32, dalam coretannya menerusi laman Instagram miliknya mengharapkan agar rumah tangga yang dibina mereka berkekalan tanpa diganggu kehadiran insan ketiga.
“Happy birthday LOML (love of my life). Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah isteri terbaik dan ibu yang baik buat Noah.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran isteriku. Semoga taman syurga kita bebas dari bab* yang menyondol dan serangga perosak. Amin,” tulis Nazrief.
“Ambil iktibar sis,” balasnya kepada Puteri Sarah.
Untuk info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 15 November 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan penjelasan mengenai status dirinya kini selepas menjadi teka-teki ramai pihak, akhirnya figura berusia 32 tahun itu bertindak memadam entri berkenaan selepas dimuat naik pada Ahad.
Bagaimanapun menerusi satu lagi entri terkininya, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil memberitahu dia memadam status tersebut bukanlah kerana takut.
Sebaliknya memadai buat mereka yang sempat membaca atau tahu dengan situasi yang berlaku.
“Saya delete bukanlah sebab saya takut, tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku.
“Saya tak nak ex-wife saya terganggu. Biarlah tamat begini kisah kami. Doakan kami dengan jalan yang lebih Allah luaskan selepas ini, amin,” tulis lampiran yang tertera.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Alhamenjelaskan niatnya adalah untuk memaklumkan dia bukan lagi bergelar suami.
“Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah n kutuk la sy selagi daya,..kepada exwife, sy diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah,tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy.
“So tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar sy terima semua ni..org akan mengata sy macam2 tapi allah ada. Semoga awak dpt pengganti yg baik,aminnn,” doanya.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan drama rantaian Nur mendominasi dengan meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan.
Selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, fesyen dan penampilan selebriti yang hadir meraikan majlis anugerah tahunan itu turut mencuri tumpuan.
Jom ikuti beberapa fesyen menarik yang dikenakan selebriti lokal kita di acara yang telah disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang...