Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani akui tidak menyangka lagunya yang berjudul Iman akan memenangi kategori Kulit Single/Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), baru-baru ini.

Menurut Ismail, dia sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang punyai reputasi besar.

“Saya Akan Kerap Ke Indonesia, Filipina,” – Menang Kulit Single/Album Terbaik AIM, Ismail Izzani Sibuk Bikin Album & Kerjasama Produser Luar

“Ketika memenangi anugerah itu, saya tak dapat hadir kerana ada jemputan persembahan di Desaru, Johor. Saya sebenarnya terkejut bila tercalon bersama nama-nama besar lain seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri.

“Saya jangka agak susah nak menang. Saya pun rasa tak mengapalah, kalau ada rezeki, adalah.

“Selepas sahaja berakhir persembahan dan saya ke belakang pentas, tiba-tiba ramai hantar mesej menitipkan ucapan tahniah.

“Saya memang tak sangka lagu Iman itu akan menang,” katanya kepada MH ketika ditemui di acara Viu Royal Night, baru-baru ini.

Mengulas mengenai respon segelintir pihak yang mempertikaikan kemenangannya itu, Ismail menganggap perkara tersebut normal kerana setiap peminat mahukan artis mereka untuk menang.

Ads

“Saya Akan Kerap Ke Indonesia, Filipina,” – Menang Kulit Single/Album Terbaik AIM, Ismail Izzani Sibuk Bikin Album & Kerjasama Produser Luar

“Bagi saya, zaman dahulu mungkin ada bermacam-macam cara untuk mempertikaikan kategori ini.

“Dahulu, anugerah kulit album ini dinilai menerusi fizikal album secara keseluruhan.

“Kita boleh lihat rekaan cakera padatnya, kulit album bahagian depan dan belakang dan banyak lagi aspek lain.

Ads

“Pada zaman sekarang, semuanya dalam bentuk digital. Ia bergantung kepada suntingan, kreativiti dan ciri-ciri lain.

“Jadi, bila tengok ruangan komen, ramai kata saya menang sebab rekaan yang ‘less is more’.
Alhamdulillah, bila ada yang terima konsep saya ini.

“Namun, bila ada yang pertikai, saya faham setiap peminat ada artis kesayangan mereka sendiri. Jadi, saya okay sahaja dan tak ambil hati,” ujarnya lagi.

Fokus Album Pertama & Pasaran Luar

Dalam perkembangan lain, Ismail memaklumkan dia kini sedang sibuk mencari material terbaik untuk menyiapkan album pertamanya.

Ads

“Saya Akan Kerap Ke Indonesia, Filipina,” – Menang Kulit Single/Album Terbaik AIM, Ismail Izzani Sibuk Bikin Album & Kerjasama Produser Luar

“Ketika ini, saya sedang fokus untuk menyiapkan album pertama. Saya juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan produser dari Indonesia dan penyanyi dari Filipina.

“Hujung tahun ini bakal menjadi waktu yang agak sibuk buat saya. Saya akan kerap pergi ke Indonesia dan Filipina untuk proses rakaman dan perbincangan.

“Ini juga merupakan percubaan untuk memasarkan muzik saya ke negara luar. Saya juga sudah mula mendapat jemputan untuk membuat persembahan pembukaan di konsert artis popular Filipina, Moira.

“Album ini juga merupakan bukti saya boleh menyanyi. Sebelum ini, ramai ingat saya menyanyi lagu rancak untuk menari sahaja.

“Kali ini saya akan bawakan lagu berentak galau dan lagu-lagu sedih yang berbeza. Anda akan dengar lebih banyak bunyi-bunyi akustik,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads