“Saya Akan Hubungi Caprice Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat,” – Komen Neelofa Di IG Live Ebit Lew, Minta Jangan Kaitkan Benda Tak Berasas

Share

Selebriti dan usahawan, Neelofa dilihat turut meninggalkan komen di ruangan IG Live yang dilakukan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew susulan dakwaan yang timbul berhubung misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, petang Khamis.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor,32, memaklumkan perkara tersebut tidak benar dan dia bercadang untuk menghubungi rapper dan ‘influencer’, Caprice kerana ingin bertanyakan mengapa mengaitkan nama orang lain dalam hal berkaitan.

“Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right,” tulis Neelofa.

Neelofa pada masa sama turut meminta agar tidak dikaitkan dengan sebarang isu tidak berasas.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tak berasas,” tulisnya lagi.

Terdahulu, menerusi sesi yang berlangsung lebih sejam itu, Ebit antara lain tampil menjawab beberapa dakwaan dari rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Palestin yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri terhadap pihaknya seperti yang tular semalam.

Ustaz Ebit Lew petang semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau kebelakangan ini.

Sehubungan dengan itu, dia akan membuat penjelasan lanjut mengenai perkara berkaitan dalam satu sidang media.

Ikuti sesi IG Live penuhnya di sini;

IKLAN