Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui sedang diulit bahagia dan rasa dihargai bersama teman baru.
Bagaimanapun, bintang yang cukup sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini masih belum bersedia untuk mendedahkan gerangan lelaki yang dimaksudkan, meski sudah memuat naik beberapa foto individu yang disertakan dengan emoji di media sosial.
“Saya akan dedahkan wajah kekasih apabila malam berinai nanti. Untuk majlis tersebut ia akan dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Cuma untuk nikah, mungkin akan jemput rakan media untuk raikan bersama.
“Apapun, saya akan cuba untuk mengekalkan konsep kesederhanaan kerana itulah yang saya mahukan. InsyaAllah, doakan andai ada rezeki,” katanya kepada MH.
Masih belum bersedia untuk berkongsi bila tarikhnya, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina memberitahu ia sebenarnya masih lagi awal untuk diperkatakan kerana apa yang dibicarakan hanyalah perancangan peribadi semata-mata.
“Masih terlalu awal lagi untuk dikongsi. Hal macam ni kerana ada perbincangan yang sewajarnya daripada semua pihak,” jelasnya sambil memaklumkan hubungannya bersama jejaka berkenaan masih lagi baru.
Ads
Ditanya mengenai hubungan mereka dengan lebih lanjut, Kak Lina mengakui sudah ada bertemu dengan beberapa ahli keluarganya teman barunya itu.
“Ada kami berjumpa, keluar makan dengan adik-beradiknya yang lain. Malah pihak saya juga ada merancang untuk ke Kelantan bagi bertemu dengan keluarganya di sana pula.
“Cuma sekarang saya hanya melakukan panggilan video bersama ibunya sahaja,” akuinya yang memilih bulan Mac memandangkan ia musim cuti sekolah.
“Tapi ke sana bukan merisik ya, sebab kalau merisik mestilah dilakukan di kediaman belah pihak perempuan,” seloroh Elly.
Ads
Terdahulu, bintang ini ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 tahun anjuran kelab peminat, Family Elly Mazlein di sebuah restoran di Cyberjaya.
Menyifatkan diri begitu bertuah kerana mempunyai peminat yang setia dan menyayangi dirinya, Elly nyata terkejut dan gembira atas kejutan yang dilakukan.
“Tahun lalu kami tak dapat sambut bersama kerana saya ada show. Pernah sekali dulu saja kami sambut beramai-ramai. Jadi tahun ini memang tidak sangkalah akan ada kejutan.
“Terima kasih buat semua, malah ada juga yang sudi menaja. Masih lagi diri ini diingati dan rasanya, konsep yang sederhana tetapi meriah sebegini lebih baik. Sebab lebih intim, boleh ketawa dan boleh isi masa dengan lebih rapat.
Ads
“Yang penting, kami kekal bersama sejak saya sertai Gegar Vaganza. Susah nak dapat peminat yang macam ni. Jadi bila sudah ada, rasa saya dihargai dan gembira,” akhiri Elly.
Peserta Dewi Remaja, Haneesya Hanee sering dikutuk berikutan warna kulitnya yang sedikit gelap berbanding orang lain.
Bagaimanapun, ada pula yang melahirkan rasa tidak selesa apabila Hanee dikatakan asyik menggunakan ‘taktik’ sama untuk mendapatkan perhatian orang ramai.
“Sorry to say but can you pls find positivity of your own? dh macam takde topic lain or is this a modal for you to gain attention from someone who adore you?
“Dewi remaja is all about talent. asyik asyik moody bila org ckp you a bit dark. you are beautiful! spread that vibes!,” tulis individu tersebut di Twitter.
Susulan itu, Hanee memberikan penjelasan panjang lebar sebab mengapa dia berbuat demikian.
“HAHAHAHA so selama ni I post pasal i meroyan org kutuk I hitam ke or I post tunjuk dekat org how to handle situation bila kena kutuk or dihina?
“Clearly u don’t give a shit about this problem but there is a million people guys n girls out there are depressed because of this.
“So as long as I live I will continue talking about this problem. This is not just about skin colour.
“This is related with buly, cyberbully, racism,self respect n many more. If u think I do this just to get attention. Mean ur just one of those yg small minded gak.
“Like those people who doesn’t get my message. Do u think it is easy to find positivity when everyday people are talking bad about u kutuk u hina u?
“I’m fine with people saying those to me. But what about others who doesn’t have a voice to speak up?
“Yes Dewi Remaja is about talent, I got in it pun because of talent. I been speaking up about skin diversity since 2017.
“So I’m not doing this for attention but I DO WANT ATTENTION FROM PEOPLE THAT BEING DARK IS OKAY!
“Supposedly xde kaitan dengan dewi remaja,” katanya.
Sebelum ini, Hanee pernah berkongsi antara gelaran-gelaran yang pernah diterimanya daripada netizen.
Antaranya adalah anak negro, buduh hitam macam Afrika dan banyak lagi.
Foto/Instagram: Haneesya Hanee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti versatil, Ifa Raziah baru-baru ini ada berkunjung ke sebuah jenama mewah semata-mata mahu mencari beg sangkar buat tiga ekor kucing peliharaan yang baru dibelanya.
Kata Ifa kepada MH, dia baru saja berminat untuk membela kucing setelah sekian lama menyimpan hasrat.
“Kalau nak diikutkan suami agak takut dengan kucing, tetapi saya dan anak-anak memang pencinta kucing. Jadi bila bela seekor kucing betina yang baru saja melahirkan dua ekor anak, lalu saya cadang mahu cari beg sangkar terbaik.
“Senang nanti nak usung kalau pergi ke mana-mana. Risau nak tinggal di rumah lama-lama,” kongsi Ifa.
Menurutnya lagi, haiwan berkenaan diberi nama Mika dan dua ekor anaknya pula dipanggil Mini dan Miki.
Ditanya mengapa sanggup berhabis demi kucing yang dibelanya, Ifa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tak salah untuk hargai binatang yang kita bela. Macam kami sekeluarga memang pencinta kucing. Malah, binatang tersebut juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW,” jelas Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa juga turut merancang mahu mengeluarkan single baru, awal tahun hadapan.
Nah, ini dia sedutan video ‘pencarian’ beg sangkar buat kucing Ifa Raziah. Kelas tak!?
Assalmualaikum… selain berbuat baik pada ibu bapa ni saya share sikit.
.
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.
.
Dikongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam.
.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki.
Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
.
2. Isteri yang tawakal
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ”
(QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain.
Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.
.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung”
(HR. Al Bukhari dan Muslim).
Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
.
Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.
.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.
.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
.
5. Isteri yang suka bersilaturahim
Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ”
(HR. Al Bukhari dan Muslim).
.
6. Isteri yang suka bersedekah
Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.
Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ”
(QS. Al Baqarah : 261).
.
7. Isteri yang bertakwa. Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.
.
Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
.
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan”
(QS. Ghafir : 60).
.
9. Isteri yang mengamalkan solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.
“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
.
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya. Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang.
Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.
FotO : Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.