“Saya Akan Buat Yang Terbaik Dan…,” – Tahniah! Datuk Eizlan Yusof Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS

Share

Pelakon, Datuk Eizlan Yusof memaklumkan dirinya telah menerima perlantikan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menerusi entri terkini di Instagram, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur atas perlantikan berkenaan atas kepercayaan yang diberi.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih YAB PM @muhyiddinyassin_official YBM @saifuddinabd @kkmm_gov atas kepercayaan yg diberikan.

“Terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua, insyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini berjanji akan cuba memberikan yang terbaik bagi mengalas tanggungjawab berkenaan.

“Saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif @finasmalaysia,” tulisnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti memberikan ucapan tahniah kepada buat bintang senior itu.

oto: Instagram Eizlan Yusof

IKLAN