Pelakon, Datuk Eizlan Yusof memaklumkan dirinya telah menerima perlantikan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Menerusi entri terkini di Instagram, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur atas perlantikan berkenaan atas kepercayaan yang diberi.
“Terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua, insyaAllah,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini berjanji akan cuba memberikan yang terbaik bagi mengalas tanggungjawab berkenaan.
“Saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif @finasmalaysia,” tulisnya lagi.
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan gelagat isterinya, Puteri Erma Edlinda bersalaman dan bermaaf-maafan.
Gelagat isterinya itu nyata mencuri tumpuan apabila dia memohon maaf sambil mencium kaki Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus kerana akui telah banyak melakukan kesilapan. “Raya ketiga baru minta maaf. Banyak dosa ni sampai kaki pon dia cium.
“Tak mengapalah lambat pun, janji minta maaf dan dimaafkan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua #RayaKanSebulan,” tulisnya.
Baru-baru ini, berita bayi yang baru dilahirkan dilaporkan telah dicampak dari tingkat 4 sebuah flat di Bayan Baru, Georgetown, mendapat perhatian meluas daripada warganet.
Rata-rata sedih dan terkesan dengan berita yang dilaporkan. Eisya Toh misalnya ada meluahkan rasa sedih terhadap perkara tersebut.
Difahamkan, si ibu yang dikatakan baru berusia 18 tahun rasa panik lalu mengambil tindakan drastik sedemikian.
“APA salah baby ni smpai dicampak ibunya dari Tingkat 4. Ibunya seorg gadis berusia 18tahun, hamil luar nikah tanpa pengetahuan keluarga.
“Panik dgn kelahiran anak ini, gadis itu terus buang bayi ini dari tingkap dapur flat rumahnya, Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat Georgetown,” tulisnya pada entri di Instagram.
Dalam pada itu, Iesya memaklumkan dia sendiri sebelum ini pernah memberi bantuan dan sokongan moral kepada ibu yang menghadapi masalah sama.
Semuanya dibuat agar tidak berlakunya lagi kes pembuangan bayi.
Pada masa sama, Iesya menjelaskan dia tidak mahu menghukum, sebaliknys mahu membantu kepada mana-mana individu yang berdepan hal sedemikian.
“Adik2, kak Sya dah jaga 15babies, kesemuanya Alhamdulilah sihat,ibu2 mereka semua dah menjalani kehidupan yg lebih positive tanpa perlu terkesan seumur hidup.
“Jgn risau identiti gadis2 ini sekali pun kak Sya xpnh dedahkan. I’m here to help, not to judge!#JgnBuangBaby #PlsDMKakSya,” tulisnya.
Sekadar maklumat, bayi malang tersebut didakwa dicampak oleh ibu , pada Rabu.
Lalu, bayi dan remaja berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menyembunyikan kelahiran.
Foto: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sharifah Amani ada memberi reaksi atas tragedi yang didakwa rasis yang sedang melanda Amerika Syarikat kini.
Ia berpunca akibat ‘pembunuhan’ seorang lelaki berkulit hitam yang dikenali George Floyd, 46 baru-baru ini selepas dikatakan lemas ketika sedang ditangkap anggota polis.
Jelas Amani, kejadian yang berlaku akibat daripada fikiran satu bangsa lebih baik daripada bangsa yang lain.
Dia turut meminta netizen untuk lebih mengenali antara satu sama lain agar wujud perasaan kasih sayang sesama manusia.
“Izinkan mereka bernafas. Ini lah akibatnya bila kau pikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain.
“Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau dan lain lain. Kita semua manusia.
“That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity.
“Prejudice and racism cannot exist without contact. Tak kenal maka tak cinta.
“So get out there and start making contact with people who u think are different from u.
“Belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu. Terima kelainan itu dgn kasih sayang. Artwork by @angeloruta,” jelasnya.
Terdahulu, Floyd meninggal dunia pada petang Isnin, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.
Mangsa dipercayai sempat beberapa kali menyatakan dirinya lemas, bagaimanapun tidak dihiraukan anggota berkenaan.
Sementara itu, White House diletakkan di bawah sekatan pergerakan apabila kumpulan penunjuk perasaan mula tiba di ibu kota Amerika Syarikat pada Jumaat, hari keempat protes susulan kematiannya.
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey turut mengisytiharkan perintah berkurung bermula 8 malam hingga 6 pagi waktu tempatan, berkuat kuasa Jumaat sehingga 8 malam Sabtu.
Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus di Minneapolis, iaitu bandar raya terbesar di negeri Minnesota, menyaksikan banyak kerosakan berlaku.
Sementara itu, Gabenor Georgia Brian P. Kemp turut mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan di Fulton County, Atlanta.
Foto : Instagram Sharifah Amani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.