Selepas melakukan sidang media tentang peletakan jawatannya sebagai Presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, bekas Pedana Menteri ke-6 Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf kepada semua rakyat atas sebarang kekurangan dan kesilapan ketika beliau memimpin negara selama Sembilan tahun sejak 2009 yang lalu.

Malah Najib turut memberitahu dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil cuti pendek dan meluangkan waktu bersama ahli keluarga.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Najib turut menjelaskan dia sangat berdoa agar selepas tempoh perpecahan ini, negara akan kembali bersatu dan sempat berterima kasih kerana memberi dirinya peluang memimpin negara sehebat ini.

IKLAN

“Saya berdoa selepas tempoh perpecahan ini, negara kita akan kembali bersatu. Saya mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas peluang yang diberikan untuk memimpin negara hebat ini

 

“Selepas lebih empat dekad terlibat dalam politik dan kempen pilihan raya baru-baru ini, yang malanya bersifat peribadi dan barangkali juga paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan bercuti pendek bagi meluangkan masa dengan keluarga yang begitu kurang saya layani sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

“Rakan dalam Barisan Nasional dan saya komited untuk menghormati kehendak rakyat dan melancarkan proses peralihan kuasa. Kepentingan terbaik Malaysia dan rakyatnya akan sentiasa menjadi keutamaan dan saya bertekad untuk terus memberi khidmat kepada kedua-duanya atas apa jua kapasiti yang ada,”katanya lagi

Aduh, tersentuh pula hati MH bila baca kata-kata terakhir Najib kepada rakyat, apapun MH doakan semoga selepas ini buang yang keruh dan ambil yang jernih!

IKLAN

SUMBER : Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI