Dalam kegembiraan kita berhibur dengan program Gegar Vaganza 4, Salah seorang peserta yang terkeluar malam tadi, Elyana telah membuat pengumuman paling mengejutkan apabila dia meberitahu kondisi kesihatannya terkini.

Elyana yang sebelum ini pernah menafikan tentang penyakit kanser akhirnya, mengumumkan pada penonton di dewan dan rumah yang dia merupakan pesakit kanser tahap ke 4.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada fans, yang tak henti menyokong saya.

“Tetapi saya nak beritahu kepada semua pesakit kanser, saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan saya masih boleh lagi berdiri di sini dan kita boleh buat apa yang kita nak kalau kita kuat dan mahu.”

Terkejut dengan apa yang telah diberitahu, ramai peminatnya memberi simpati dan semangat buat penyanyi ini.

Tidak sampai satu jam pengumuman, penyanyi ini telah menerima ribuan komen dari pengikutnya di instagram.

“Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut! “Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut! “Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut!

Melalui sebuah temu ramah bersama Datuk Seri Vida, Elyana memaklumkan dia menghidapi penyakit kanser jenis Lymphoma sejenis barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Ia juga dikenali sebagai kelenjar limfa.

IKLAN

Mengikut penerangan Elyana, ia boleh timbul dia sekitar badan, leher, dada, perut san sebagainya.

Malah Elyana memberitahu komplikasi itu telah merebak ke seluruh badan termasuk paru-paru, jantung dan beberapa tempat lain.

Menurutnya lagi, dia sudah melakukan terapi Kimo berpuluh kali. Kali terakhir, Elyana telah melakukan kimo awal tahun ini dan berhenti seketika kerana penat.

Elyana turut memberitahu adakalanya dia merasa lesu dan sesak nafas.

IKLAN

Apa yang lebih menyedihkan, Elyana turut memberitahu dia takut untuk tidur setiap malam kerana bimbang jika esoknya dia tidak berpeluang berjumpa dengan anaknya.

“Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut!

Elyana yang telah menyampaikan lagu Sepi nyanyian asal oleh Yuni Shara itu telah memenangi anugerah istimewa Gelora Vida Vaganza selama beberapa minggu berturut-turut.

IKLAN

Namun nasib tidak menyebelahinya dan terpaksa mengangkat kaki meninggalkan pertandingan itu.

Apapun MH doakan semoga Elyana terus kuat, dan tabah untuk hadapi semua ini. Malah kami bangga, akhirnya Elyana berani bersuara dan berterus terang tentang kesihatannya secara terbuka.

Dengar sendiri luahan Elyana apabila ditanya oleh Datuk Seri Vida…

Elyana Menghidap Kanser Tahap 4

ELYANA YG KITA KENAL HAPPY2, CERIA2, RUPANYA MENGHIDAP KANSER TAHAP 4, TP NAMPAK BERTENAGA KERANA…. ..Sedih sy dgr.. Rasa mcm tak percaya.. Gadis kecil molek, comel mcm ni rupanya menghidap kanser..Tahap 4.. Tahap yg tinggi..Mana mungkin mampu menyanyi, berjoget atas pentas..Tp Elyana kuat.. Dia ambil Pamoga.. Dia kata.. Rasa lebih bertenaga.. Lebih byk energy….BUKAN ELYANA JER!..Dah banyaak sangat orang meluah keberkesanan Pamoga..So sayang-sayang semua…..Percaya pada Pamoga ye.. RM260 promosi untuk 2 botol.. sekali ngan postage…..Whatsapp Iqbal :www.wasap.my/60136793446www.wasap.my/60136793446www.wasap.my/60136793446

Posted by Sayang-Sayang DSV on Sunday, 26 November 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI