“Satu Masa Nanti Kita Akan Bertemu Lagi. Ijah Sayang Ayah,” – Titipan Kata Puteri Tunggal Allahyarham Nassier Wahab

Share

“Al-Fatihah Ayah. I will always love you.” Itu antara status yang dikongsi Intan Najihah iaitu puteri tunggal kepada Allahyarham Datuk Nassier Wahab, 57, yang dikongsi selepas pemergian bapanya, kira-kira jam 12.45 tengah malam Khamis.

Intan Najihah meluahkan rasa rindu menerusi laman Twitter awal hari ini.

“Ayah, tenanglah di sana, rehatlah selama-lamanya. Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Ijah sayang ayah,” tulisnya lagi menerusi satu Tweet lain.

Intan Najihah merupakan puteri tunggal hasil perkongsian hidup Allahyarham dengan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, akibat kanser rahang.

IKLAN