Kakak kepada aktor Zain Saidin, Sasha mengakui pengalaman bersama Elite yang disifatkan sebagai kumpulan muzik wanita paling sensasi era kegemilangannya itu, banyak mengajar erti setia kawan, apatah lagi pada 6 Mei ini, Elite meraikan ulang tahun pembabitan yang ke-21 tahun.

“Sudah tentu kami ada merancang nak bagi sesuatu yang istimewa kepada peminat. Lagu-lagu kami masih jadi siulan dan itu dah cukup menggembirakan.

 

“Tapi itulah, bila kenangkan kekangan terutama komitmen anggota dan penaja, ia sedikit sebanyak membantutkan misi persembahan reunion eksklusif ini.

 

“Sebab kalau boleh, kita nak buat persembahan dalam skala besar. Tak seronoklah kalau buat ala kadar saja.

 

“Tapi saya sedia faham, untuk laksanakannya itu bukanlah suatu hal yang mudah,” ujar Sasha.

Bagaimanapun, Sasha memberi bayangan sekiranya mereka tidak menyambut ulang tahun Elite dengan persembahan pentas sekali pun, pastinya akan muncul di dalam program khas bersempena Aidilfitri.

Bercakap mengenai sisi kerjaya seninya sendiri, Sasha teruja untuk kembali ke set penggambaran filem bajet besar dalam tempoh terdekat.

IKLAN

Filem yang khabarnya menampilkan Faizal Hussien dan Wilma Muhammad itu, berkisarkan sejarah di Perak.

IKLAN

“Apa pun, saya tak boleh nak terangkan mengenai filem itu dengan terperinci sebab ia masih peringkat awal perbincangan. Cuma projek ini turut melibatkan Kerajaan Negeri Perak dan Finas,” katanya yang kali terakhir muncul menerusi filem Mat Moto Otai.

Pada masa sama, Sasha baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem pendek kempen jenama bersama beberapa selebriti lain seperti Uqasha Senrose, Thanuja dan Amber Chia.

IKLAN

Filem yang akan ditayangkan untuk sebuah saluran web itu, khusus sempena hari raya pada tahun ini.

Bintang berdarah kacukan ini juga, meluahkan hasrat memasarkan kembali album solonya, Kerana Cinta yang pernah dipasarkan pada 2007.

“Idea nak pasarkan album itu memang ada. Cuma saya kena fikir dan buat dengan cara yang betul. Insya-ALLAH jika berjalan lancar, siapa tahu nanti album itu berada di pasaran khas buat peminat,” luah Sasha.Sasha Saidin Rancang Ulang Tahun Ke 21 Elite

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI