“Sanggup Tiada Apa-Apa Janji Anak-Anak Mama Ada Semuanya,” – Bakal Bergelar Isteri, Elfira Loy Kongsi Dedikasi Istimewa Buat Si Ratu Hati…

Share

Awal malam tadi, pelakon dan ushawan Elfira Loy ada menitipkan nota teristimewa buat ibunya, Filzah Yusoff bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

El menerusi Instagram berkongsi, dia bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang ibu yang kuat, berani dan ambil berat perihal anak-anak.

“Dear Mama , i just want you to know that kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat , brave & caring pada anak-anaknya . Mama sanggup takde apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya.

“People might dont know what you’ve gone through but Allah knows. I can already see your place in Jannah mama , Amin. Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada disisi kakak untuk mendoakan kebahagian & kejayaan kakak. Because i know , all of the rezeki that i got is because of you,” tulis El.

Pada masa sama, El sempat memberi pesan kepada semua untuk terus menghormati insan bergelar ibu.

“Thank you for always praying for us eventhough we are all very naughty. We will try to be better & better.

“Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu . How you treat other mothers reflects on how you treat your own mothers. So , be nice . HAPPY BIRTHDAY MAMACAT,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, pelakon drama Kum Kum ini baru saja pulang dari Tianjin China bersama Air Asia Go.

Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN