Awal malam tadi, pelakon dan ushawan Elfira Loy ada menitipkan nota teristimewa buat ibunya, Filzah Yusoff bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.
El menerusi Instagram berkongsi, dia bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang ibu yang kuat, berani dan ambil berat perihal anak-anak.
“Dear Mama , i just want you to know that kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat , brave & caring pada anak-anaknya . Mama sanggup takde apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya.
“People might dont know what you’ve gone through but Allah knows. I can already see your place in Jannah mama , Amin. Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada disisi kakak untuk mendoakan kebahagian & kejayaan kakak. Because i know , all of the rezeki that i got is because of you,” tulis El.
Ads
Pada masa sama, El sempat memberi pesan kepada semua untuk terus menghormati insan bergelar ibu.
“Thank you for always praying for us eventhough we are all very naughty. We will try to be better & better.
“Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu . How you treat other mothers reflects on how you treat your own mothers. So , be nice . HAPPY BIRTHDAY MAMACAT,” tulisnya panjang lebar.
Semalam, telah berlangusng majlis sambutan ulang tahun penyanyi, Wany Hasrita yang ke-26 tahun.
Mengambil tema tradisional, penyanyi lagu Rintihan Rindu itu tampak ayu menerusi persalinan songket rona merah hati, lengkap dengan aksesori di kepalanya.
Sambil menitipkan rasa terima kasihnya terhadap semua yang mendoakan kesejahteraan, Wany turut memuat naik dedikasi terhadap diri sendiri menerusi Instagram.
“Nurshazwany Hasrita, 26 tahun. Moga masih wany yg sama. Moga lagi baik dari wany yang lama. Love you,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, Wany juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis anjuran kelab peminatnya itu di Lanaitamu Event Hall, Damasara.
Majlis yang bermula sekitar 8.00 itu turut dihadiri rakan media dan teman selebriti.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, bakat semata-mata tidak boleh boleh menjadi populariti seseorang artis. Ini kerana, semua sisi perlu diambil kira termasuklah penampilan fizikal.
Senang kata, jika bertubuh besar sekalipun, mereka perlu tampak cantik dan berketrampilan.
Apatah lagi, bagi selebriti wanita yang mempunyai tubuh sedia seksi, ada di antara mereka perlu menjaga dan mengekalkan bentuk tubuh misalnya dengan melakukan rutin wajib di gim selain menjaga pemakanan.
Lalu, ada di antara mereka yang sinonim dengan gelaran artis seksi dan menjadi idola kerana dianggap sebagai ‘body goals’ kebanyakan wanita.
Jadi jom, ketahui 10 barisan figura popular ini yang mempunyai tubuh langsing, pinggang bak kerengga atau biola!
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam memuat naik foto bersama anak keduanya, Timor Abdullah atau panggilan manja Puma di laman Instagramnya.
Dia berbuat demikian kerana mempunyai mesej penting buat Puma sempena hari lahirnya yang ke-10.
“I know you experience the world differently from me. Loud noise can be overwhelming for you. Crowds can make you apprehensive.
“Changes to routine will upset you. Sometimes I know you find it difficult to understand what I’m trying to convey to you especially when I haven’t explained it like a story with pictures.
“But I hope it’s easy for you understand that Papa loves you so much. You might not know what that word means but when I give you squeezes, tickles, spaghetti legs and hold on to you while you scratch me and pull my hair to get through your meltdowns, that’s Papa telling you I’ve got you.
“Happy 10th birthday, Puma. Thank you for sharing your wonderful world with me,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, Puma adalah istimewa kerana mempunyai autisme.
Susulan itu, kelihatan ramai netizen yang turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat Puma.
Khairy berkahwin dengan isterinya, Nori Tun Abdullah pada tahun 2001 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Jibreil Ali, 11 tahun, Timor Abdullah, 10 tahun dan Raif Leo Averroes, 4 tahun.
Foto/Instagram: Khairy Jamaluddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.