“Sanggup Simpan Duit Beli Album, Minat Kak Erra Punya Pasal Saya….”- Lisdawati Mengimbau Zaman ‘Gigih’ Demi Erra Fazira

Share

Terbaru pelakon Lisdawati telah memuat naik sekeping gambar bersama aktres Erra Fazira di akaun Instagram miliknya. 

Lisdawati telah memberi ucapan selamat hari jadi kepada Erra yang menyambut hari kelahiran primadona filem Melayu alaf baru itu.

“HAPPY BIRTHDAY KAK @errafazira semoga terus sukses, berjaya , istiqomah .. dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan diberi kebahagiaan buatmu.” 

“Tahu ramai yg syg kak Erra sbb #cantikluardalam Gambar kenangan dgn kak Erra dulu dulu tak boleh post hihi .. sy abadikan dalam ingatan jer..”

“Konsert pertama yg sy gi tengok adalah kak Erra ,sanggup simpan duit beli album . Minat kak Erra punya pasal sy gi tengok MiNi Konsert kat PWTC…” 

“Ingat lagi bila kak Erra panggil masuk dalam bilik khas melambai lambai .. rasa teruja sgt masa tuh.. #masatusybelumartis #peminaterrafazira #peminatfauziahlatiff haaa sbb dua2 wanita cantik lemah lembut tapi lasak #ilike .” 

“Sy doakan Kak Erra berjaya dunia dan akhirat. U kerana Allah swt. #kenanganterindah #walaupundrjauh . Hadiah yg pernah kak erra bagipun still sy simpan bekasnya walaupun barang2 dah guna habis . HAPPY BIRTHDAY YG KE ……. “tulisnya. 

Lalu, Lisdawati telah berkongsi dan mengimbau kembali kenangan dulu ketika dia amat meminati Erra sebelum menjadi seorang artis bersama peminatnya. 

Lantas, Erra juga telah membalas komen diruangan komen pada gambar tersebut. 

Rata-rata netizen juga turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Erra. 

MH mengucapkan selamat hari jadi kepada Erra Fazira, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 

Erra Fazira dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan kini berusia 45 tahun. 

Foto : Instagram Lisdawati

IKLAN