Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof tidak menafikan sejujurnya dia tidak  mempunyai apa-apa formula khusus bagi memastikan filem terkini arahannya, Munafik 2 mampu menarik penonton ke pawagam.

Sekali gus mampu mencipta rejod pungutan paling sukses bagi sebuah filem tempatan setakat ini dalam sejarah.Sebaliknya, suami kepada aktres, Puteri Sarah itu lebih percaya kepada rezeki dan ketentuanNya.

IKLAN

“Sejak dulu, kami adik-beradik selalu akan ditekankan ayah (Datuk Yusof Haslam). Soal kutipan sesebuah filem yang kami buat, itu terserah kepada rezeki dan insyaAllah kalau buat kerja dengan betul dan ikhlas, impak positif pasti kita akan terima.

 

“Jadi saya pegang itu dan alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada MH.

Selain itu, Syamsul yang turut menjadi pendukung watak utama menerusi filem seram ini juga mengakui dia terpaksa berkurung dalam bilik lebih sebulan bagi betul-betul fokus terhadap pembikinan Munafik 2.

IKLAN
IKLAN

“Sebab masa tu, masa sudah suntuk. Jadi mahu tidak mahu, saya perlu siapkan skrip memandangkan barisan pelakon juga sudah bersetuju untuk bersama-sama dalam filem ini dan saya tidak mahu menyusahkan mereka juga.

 

“Jadi, saya ambil langkah itu sebab saya ni jenis kalau tertekan, mesti baru akan dapat idea. Malah kadang-kadang ia datang hasil dari kajian. Malah, ada juga idea itu timbul daripada mimpi. Bila jaga, saya akan ambil kertas dan pen, lalu tulis,” kongsi Syamsul lagi.

Munafik 2 yang kini masih rancak ditayangkan di pawagam turut dijayakan beberapa pelakon hebat lain iaitu Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI