“Sanggup Biar Tak Berjahit Lepas Bersalin?,”- Iesya Toh Selar Siapa?

Share

Pengacara Iesya Toh meluahkan rasa kesal apabila berlaku kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa kini.

Malah, Iesya berkongsi wajah penuh seorang bayi lelaki yang sempurna sifatnya dibuang ke dalam tong sampah oleh individu yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

“Lagi dan lagi dan lagi… Bayi lelaki ni dah 2 bulan. Masa jumpa DALAM TONG SAMPAH di Masjid Al Azim, Pandan Indah.

“Ibunya mana? Sanggup biar TAK BERJAHIT lepas bersalin? Ada kesan dik.. jgn pndang remeh.

“Yang tanggung org pmpn. Lelaki dah lepas tangan!,” kongsi pelakon dan hos ini.

Dalam masa sama, Iesya mahu membela nasib bayi berkenaan.

“I’m here to help.Not judge! Yang nak jaga boleh ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Darrah Hulu Langat,” jelasnya sambil disertakan hashtag #JgnBuangBaby

Terdahulu, Iesya pernah  menerima Direct Message (DM) di Instagram berkenaan kes sama yang menimpa seorang bayi perempuan di Kuantan,Pahang baru-baru ini.

Foto : Instagram Iesya Toh

IKLAN