“Sangat Sesuai,” – Raysha Rizrose Selfie Dengan Zul Ariffin, Ramai Kata Secocok!

Share

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Raysha Rizrose, ada memuat naik sekeping foto bersama rakan pelakon, Zul Ariffin.

Pemenang Dewi Remaja 2015 itu Zul bergandingan menerusi drama rantaian terbaru berjudul Ryan Aralyn yang kini disiarkan di slot Akasia, TV3.

“So… korang approve tak? Yes or yes? #RyanAra #RyanAralyn
@qaisworksproduction @tv3malaysia @dramasangat,” tulisnya.

Lantas, perkongsian pelakon berusia 24 tahun ini menjadi perhatian peminat.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat berpendapat pasangan ini sangan secocok dan serasi bersama di layar televisyen.

“Sangat sesuaiii!!!,” tulis peminat di ruangan komen entri berkenaan.

Drama Ryan Aralyn disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 mulai 25 September yang lalu.

Selain mereka, turut sama terlibat di dalam drama 28 episod ini ialah Fify Azmi, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohammad dan ramai lagi.

Foto: Instagram Raysha Rizrose

IKLAN