“Sangat Merendah Diri…,” – Wow! Ain Edruce Buat ‘Home Tour’, Raih Pujian Peminat

Share

Demi menunaikan permintaan peminat, Ain Edruce dilihat ada melakukan sesi sesi ‘home tour’ di kediamannya.

Secara eksklusif, video tersebut dimuat naik Ain menerusi saluran YouTube miliknya.

Apa yang menarik, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce antara lain turut bercerita perihal setiap perincian sudut dekorasi di rumah yang didiami.

Malah, hos program Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan ada dekorasi tersebut merupakan idea perkongsian bersama suami, Amirul Hafiz.

Bintang berusia 29 tahun ini juga sempat berkongsi tips dan nasihat kepada peminat jika ingin melakukan dekorasi di rumah.

“HOUSE TUA.. HOUSE TWA… HOUSE TUEWA… HOUSE TOUR,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kediamannya yang indah selain memuji sikap Ain yang sempoi dan merendah diri meski mendiami kediaman yang baik.

Terdahulu, Ain yang turut aktif dalam dunia komersial ini telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.

Video: YouTube Ain Edruce

IKLAN