“Sangat Happy,” – Noorshila Amin Selamat Timang Cucu Sulung, Tahniah!

Share

Penyanyi senior, Noorshila Amin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di Instagram.

Maklum bekas peserta program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini, anaknya telah selamat melahirkan anak pertama, pada Isnin.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu arambu Ramba ini turut meluahkan rasa gembira dan teruja atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.

“No caption Coz m so happy #babygirl #baby2020

#wannanny#myfirstgranddaughter #alhamdulilah,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.

Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi lagu pertamanya yang berjudul Kad Ucapanmu dan Aku Sudah Jatuh Cinta selain Rambu Ramba.

Gambar: Instagram Noorshila Amin

IKLAN