“Sangat Glowing…,” – Kongsi Foto Pegang Perut, Penampilan Terkini Bakal Ibu, Fazura ‘Pancing’ Perhatian Semua!

Share

Memuat naik sekeping foto terkininya di Instagram, penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Fazura nyata menarik perhatian ramai.

Meski hanya mengenakan persalinan kasual dalam padanan top putih bersama jean biru tanpa solekan tebal, imej bakal ibu ini cukup memukau pandangan.

Seperti diketahui umum, usia kandungannya kini sudah pun mencecah usia enam bulan.

Lalu menerusi hantaran terkininya itu, ramai peminat teruja selain mendoakan agar urusan permaisuri hati Fattah Amin ini dipermudahkan.

Malah, rakan selebriti turut sama tidak lepas peluang meninggalkan komen.

Terdahulu, Fazura dan suami berkongsi berita gembira perihal kehamilan itu sekitar pertengahan April lalu.

Foto: Instagram Fazura

IKLAN