“Sangat Baik Hati, Penyayang…,” – Uqasha Senrose Puji Keperibadian Pelakon ‘Super Duper Senior’, Normah Damanhuri

Share

Aktres popular, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen teruja apabila berpeluang berkerjasama menerusi sebuah projek bersama pelakon yang dihormati, Normah Damanhuri.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, bintang berusia 27 tahun ini tidak menafikan keperibadian serta perwatakan positif yang dibawa Normah mereka menjalani penggambaran bersama.

Menurut Uqasha, pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia itu sangat penyayang dan baik hati.

“To my #tokma @normahdamanhuri, im gonna miss you so much, its her last day yesterday. Rasa bersyukur sangat dapat bekerjasama dengan super duper legend

“Sangat baik hati sangat penyayang sampai nangis bila dah habis,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Uqasha juga berharap agar peluang berkerjasama pelakon berusia 68 tahun itu akan terjadi lagi selepas ini.

“Harap sangat dapat kerja sama-sama lagi in future. Sha sayang mak tau, i love you mak @normahdamanhuri,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN