“Sangat Aktif Sampai Buat Mama Muntah,” – Lagi 2 Bulan Nak Bersalin, Emma Maembong Kongsi Perkembangan Terkininya

Share

Pelakon Emma Maembong ada berkongsi perihal perkembangan terkini kandungannya yang kini sudah pun mencecah usia tujuh bulan.

Merakam foto selfie di dalam kereta tanpa mengenakan secalit solekan, bakal ibu ini tetap kelihatan berseri-seri.

Bagaimanapun, Emma memaklumkan dia mengalami muntah-muntah kerana bayi dalam kandungan yang aktif.

“Hi my dearest baby,ure so active today sampai buat mama dia muntah2.

“Cant wait to see u in 2 months!,” tulisnya sambil memberikan kredit terhadap baju-T merah jambu yang dipakai. 

Serentak dengan perkongsian bakal ibu ini, para peminat memberikan reaksi pelbagai selain mendoakan urusan bersalin pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail ini dipermudahkan.

Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.

IKLAN