“Sampai Tercengang Tengok Sis,” – Kecoh Fasal Video ‘Barbie Jatuh Dari Langit’ Ronda Pasar Malam!

Share

Kecoh bila baru-baru ini, gelagat seorang wanita berkulit putih tampil melaram sakan, walaupun hanya ke sebuah pasar malam di Pasar Besar Awam Tun Dr.Ismail.

Aksi dan kelibat wanita berkenaan itu menjadi viral di media sosial, khasnya Twitter.

Malah, sedutan ragamnya turut dikongsi seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Abang Dodol (@dodolism_).

Menerusi video berkenaan, wanita terbabit mengenakan baju sarat labuci lengkap dengan skirt potongan tutu merah jambu. Turut terakam ialah gelagat pelanggan kedai yang seakan terpinga-pinga dan terkejut dengan penampilannya.

“Cantik dan Are you on a fashion show? Why are you dressed up like this?” kata beberapa individu terhadapnya.

Malah, video berkenaan turut dikongsi beberapa pengguna Twitter lainnya.

Rupa-rupanya, wanita berkenaan dikenali sebagai Izubeila merupakan seorang usahawan dan pengasas produk kecantikan Putih Gebu Dbella.

Bahkan menerusi Instagram, beberapa potong video sama turut dimuat naik lalu menerima reaksi pelbagai netizen.

Foto: Twitter/Instagram

 

 

IKLAN