Sampai Seru, Ini Dia Artis Bertudung Kita Yang Raih Panggilan Haji DariNya, Jadi Tetamu Allah Tahun Ini

Share

Mendapat rahmat dan izinNya, sekali lagi  jutaan umat Islam berhimpun di tanah suci bagi menunaikan fardhu Haji tahun ini.

Bersama jutaan jemaah lainnya, para selebriti tempatan turut beruntung kepada diberikan rezeki untuk sama-sama berkesempatan menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Siapa mereka? Ini dia kami senaraikan…

Neelofa

Ia merupakan sesi kedua bagi selebriti dan usahawan berjaya ini. Tahun ini, Neelofa yang juga hos MeleTop berkesempatan untuk mengerjakan haji bersama dia adik lelaki dan ibunya, Datin Noor Kartini.

Datin Paduka Umie Aida

Bintang senior ini turut sama berkesempatan menunaikan haji dan apa yang istimewanya, rombongannya bersama jemaah lain turut sama disertai suami tercinta.

Erra Fazira

Mengakui beberapa tahun memasang doa agar impian suci untuk mengerjakan haji tercapai, akhirnya doa jelitawan ini dimakbulkanNya. Erra berlepas ke tanah suci sendirian tanpa mahram.

Wany Hasrita

Penyanyi yang kini hadir dengan single Terlalu Memuja ini pula tidak menyangka diberi peluang menunaikan ibadah haji atas  jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi. Namun Wany Hasrita  sedih kerana tidak berkesempatan membawa ibunya, Norita Jaafar atas beberapa kekangan.

Amira Othman

Bintang ini berpeluang ‘buat haji’ bersama rakan baiknya, Wany Hasrita. Menganggap peluang ini seperti cerita ajaib, penyanyi ini turut merakamkan rasa syukur kerana semuanya sudah diatur Yang Maha Pencipta.

Datim Seri Nur Shahida

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini juga turut tidak melepaskan peluang bersama para jemaah lain untuk menunaikan haji tahun ini. Meski sarat hamil, namun keberadaannya ke tanah suci nersama ibu mertua, Rozita Ibrahim pasti menjadi detik manis buat ibu kepada empat cahaya mata ini.

Foto: Instagram Selebriti

IKLAN