“Sampai Mengangis Dengar…,” – Anak First Time Lafaz ‘Mama’ Dengan Betul, Emma Maembong Teruja Gembira!

Share

Pelakon, Emma Maembong berkongsi rasa terharu bercampur gembira saat pertama kali anaknya sulungnya, Shariq Gabriel dapat menyebut perkataan ‘mama’ dengan betul.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, perkara tersebut dimaklumlam sendiri oleh pembantu rumahnya ketika dia sedang bekerja di luar.

Katanya lagi, selepas merasai momen tersebut sendiri, kini dia baru mengerti perasaan setiap para ibu saat anak mereka menunjukkan perkembangan yang positif.

“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hanta video. First time @shariqgabriel sebut Mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je.

“Allah sampai menangis dengar. Baru faham perasan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap,” tulisnya.

Video berdurasi kurang 10 saat itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Frontliner itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Emma turut memaklumkan dia sememangnya berasa agak sedih saat melihat anaknya itu membesar dengan cepat.

“First babykan biasa la emo lebih sikit and anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dah besar,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menyifatkan Shariq sebagai anak yang sangat comel.

Sekadar informasi, Emma telah pun mendirikan rumah tangganya bersama pilihan hati, Muhammad Shazli Azhar yang juga merupakan juruterbang pada tanggal 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Shariq Gabriel pada 11 November 2020.

Sumber: Instagram Emma Maembong

IKLAN