“Sampai Ke Hari Ini Saya Masih Tak Tahu Lagi Nak Transfer Duit Company,” – Aeril Zafrel Rupanya Biarkan Isteri Urus Semua Duit Bisnes!

Share

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengakui banyak dugaan yang telah dilalui bersama isterinya, Wawa Zainal sepanjang sedekad bersama.

Menurut Aeril, meski mereka bukanlah pasangan yang sempurna, dia bagaimanapun memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang dilimpahkan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama. Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke hari ini. Kami bukanlah pasangan yg sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah satu dekad sebantal bersama.

“Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing, itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan. Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada empat orang anak hingalah kejayaan wawacosmetic pada hari ini,” jelasnya.

Aeril yang berkongsi status tersebut di dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook turut mendedahkan antara rahsia sukses mereka dalam bisnes.

“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke hari ini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami.

“Malah sampai ke hari ini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan kembali Wawa di Instagram sambil disusuli dengan pelbagai komen wargamaya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN