“Sampai Kami Bersayang- Sayang Pun Orang Cari Salah. Kasihan Abang Daiyan Dengan Kak Dayana Kita,” – Abby Abadi Kesal Netizen Pertikai Cara Jagaan Anak

Share

Abby Abadi meluahkan kehidupan keluarganya penuh dengan berkasih sayang dan adalah sesuatu yang biasa andai berlaku kesilapan.

Jelasnya, dua anak angkatnya iaitu Daiyan dan Dayana masih kecil dan belum pandai menjaga adiknya yang kecil, Darda.

“Darda. Sushu, tido, sushu tido.. mana ada masalah, apalah Mama nehh.

“Darda nk bgtau ni, Syukur Darda ada kt sini tau. Mama Abah, Abang Kakak semua penuh kasih sayang. Sampai kami bersayang2 pun org cari salah.

“Sian Abg Daiyan dgn Kak Dayana kita. Terlanyak2 sikit tu biasalah. Penjaga kitaorang ramai. Ada Mama, Abah, Kak Ajiah, Kak Shakinah, Kak Dania, Abang Danish, Kakak Baby, Bibik lagi, terlebih sudaaa hihi.

“Lagipun Daiyan Dayana Baby lagi. Awal sikit je dari Darda hehe. Nanti dah besharrr dia pandailah jaga adik dia kan Mama hehe.

“Oklah.. nk bgtau tu je.. Babai nk tido lagi sbb buka lama lagii.

“ps: Nak bgtau Darda dpt baju banyak dari Aunty Mardiana & anak. TQ sangat tau! Comel2 baju. Buleh pakai sampai raya hehe )jap cari IG,” kongsinya.

Terdahulu, Abby memaklumkan akan menjadi penjaga Darda dan memohon doa orang ramai agar si kecil itu menjadi anaknya yang terakhir.

Foto : Instagram Abby Abadi

IKLAN