“Sampai Hospital Dah 9 Cm,” – Imbas Kisah ‘Berjuang’ Bersalin Anak Bongsu, Wawa Zainal Sifatkan Kesakitan Kali Ini Lain

Share

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya matanya awal pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas Wawa, dia sebenarnya telah mula merasai kesakitan pada jam 2 pagi namun, setibanya di hospital, bukaan serviks difahamkan telah mencecah 9 cm.

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit. Tak sampai hati nak kejut Aeril. Tunggu la sampai 5 am. Sampai-sampai hospital da 9 cm,” tulisnya.

Bagaimanapun, Wawa tetap menzahirkan rasa syukur kerana segala urusannya saat melahirkan bayinya itu telah pun dipermudahkan.

Katanya lagi, kesakitan yang dialaminya kali ini juga boleh disifatkan agak berbeza dengan proses kehamilannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Wawa turut meminta cadangan daripada orang ramai mengenai nama yang akan diberikan kepada anaknya itu.

“Lain macam sakit dia walaupun anak ke-4 dah. Nama belum ada. Ada cadangan ke?,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut mendoa semoga anak tersebut membesar dengan sihat.

“Alhamdulillah, syukur mak dengan ank sihat. Selamat berpantang Wawa. Happy tengok korang bahagia anak ramai comel-comel semua. Semoga terus harmoni hingga ke jannah.

“MasyaAllah, congratulations Wawa dan Aeril.

“Tahniah Wawa dan Aeril. Cukup dua boy dan dua girl. Selamat berpantang.

“Alhamdulillah, syukur! Tahniah. Congrats Wawa dan Aeril,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup tersebut, Wawa dan Aeril dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

IKLAN