Pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 33, akui masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi ibu terbaik buat anak sulungnya, Indah Nufa yang kini mencecah usia empat.
Pada masa sama, bekas peserta Projek Komedi Warna 2015 ini juga secara berseloroh turut mendedahkan sehingga ke hari ini, masih ramai kenalannya yang seakan tidak percaya dirinya sudah pun bergelar ibu.
Berkongsi kapsyen berkenaan menerusi Instagram buat tatapan umum, Ain turut memberitahu dirinya masih sama seperti dulu.
“Dah 4 bulan jadi mak orang! Banyak lagi ilmu jadi mak bapak yg mader belom tau lagi.
Ads
“Disebabkan Februari 29 hari je, takda 30hb jadi semalam genap lah @indah.nufa 4 bulan.
“Tapi masih sampai hari ni ada lagi kawAn2 tak percaya mader dah jadi mak orang. ‘Weyh Ain dh jd mak orang weyh. Ain dh ada anak laa. Aku tak caye lagi ni’ Apooooo hahhahahhaha kenapa ehhh?
“Aku tak berubah pun. Masih Ain yg sama gonjeng macam dulu. Cuma sopan sikit lah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya iaitu seorang kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2019 lalu.
Ads
Selain menyertai Projek Komedi Warna, anggota kumpulan Awok ini juga pernah terlibat di dalam program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak kira-kira enam tahun lalu.
Pada setiap 27 haribulan Rejab dalam kalendar Islam, umat Islam akan meraikan peristiwa Israk Mikraj.
Ia antara peristiwa yang mengangkat ‘status’ dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain.
Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di puncak kesedihan di mana baginda kehilangan dua insan yang sangat dikasihinya iaitu kewafatan isterinya, Siti Khadijah al-Khuwailid serta bapa saudaranya, Abu Talib.
Tahun itu juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ atau tahun berduka cita.
Dalam keadaan sedih, Allah SWT membawa Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Israj Mikraj menerusi perjalanan dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa dengan menunggang binatang bernama Buraq.
Dan dalam peristiwa tersebut, Baginda mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah SWT dan bermulalah kewajipan melaksanakan perintah solat.
Baginda juga mendapat keringanan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam.
Hari bersejarah umat Islam ini turut diraikan selebriti yang masing-masing berkongsi kata-kata dan doa di laman Instagram masing-masing.
Tular di laman sosial luahan hati seorang jururawat yang kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih memandang ringan wabak COVID-19.
Sehingga kini, wabak berkenaan telah mengorbankan 6516 nyawa seluruh dunia.
Lalu, perkongsian mengenai hal tersebut turut dimuat naik kembali pelakon senior, Fauziah Nawi di laman Instagram miliknya.
Terdahulu, juruawat terbabit meluahkan rasa bila berhadapan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, warga perubatan bekerja lebih 16 jam sehari demi menangani wabak tersebut.
Malah kekurangan staf turut menyebabkan sitausi bertambah buruk.
“Bismillah hirrahman nirrahim… sepanjang 5 tahun lebih aku bergelar sebagai seorang misi, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang ni.. kerja smpai 16 jam sehari.. anggota pertama yang terdedah dengan wabak covid 19.
“Pakai suit ppe covid sampai 5,6 jam, panasnya mmg x boleh nak cakap, setiap kali pakai memang baju kt dalam akan basah kuyup macam kene jirus air sbb peluh… nak bernafas pn susah.
“Lepas bukak suit tu kne mandi dlu then baru boleh settle kje2 lain yang pending.
“Kalau nak masuk attend pesakit lagi kne pakai balik suit ppe covid baru, dh selesai kne mandi lagi.. dan benda ni berulang2 setiap kali attend pesakit.. biasanya sekali masuk attend pesakit memang smpai 5,6 jam.
“Kami dh kekurangan staff disebabkan kerajaan terdahulu yg kurangkan pngambilan staff baru, ditmbah lagi dngan wabak ni.. mental dan fizikal kami koyak, dimana kami terpaksa bekerja bergadai nyawa demi masyarakat.
“Cuti dibekukan.. kami pn ada anak, ade isteri, ada suami, ada ibu bapa,” kongsinya.
Namun, luahan itu dilihat lebih mendukacitakan apabila ada segelintir yang mengambil ambil kesempatan bercuti ke luar negara gara-gara kos penerbangan yang murah.
“Masyarakat pula mengambil ringan soal wabak covid 19 ni.. seolah2 takde ape yg berlaku.. ade jugak yg mngambil kesempatan ke luar negara waktu ni sbb tiket murah, siap 1 family pergi bercuti.
“Sanggup gadaikan nyawa 1 family.. ade jugak yg pergi ke perhimpunan tabligh kt masjid sri petaling.. dh tau tmpat tu ramai yg hadir, sila pkai mask.
“Ye btul….! program sebegitu mmg bagus.. majlis ilmu.. tapi buat masa sekarang x sesuai untuk hadirkan diri ke tmpat crowded mcm tu.. nyawa lagi penting.. nyawa x boleh beli bosssku.
“Kesihahan x boleh dicari di 7 eleven. wabak ni merebak terlalu cepat. masyarakat hnya tau complain, tapi yg bekerja ni kami, yg penatnya kami,.. sampai satu tahap aku takut nak balik rumah, perasaan takut dimana aku yang bawak wabak ni balik ke rumah.
“Walaupun kami dh pakai pkaian full covered.. tapi kami antara kakitangan yg selalu terdedah dgn wabak covid ni.. ade jugak pesakit yg pentingkan diri, datang hospital dengan simptom demam.
“Admit wad dan bila doktor tnya dia tak mengaku ada pergi ke tempat2 yg berisiko covid… masa tu misi2 yang jaga dia dh start batuk2 dan selsema.
“Last-last pesakit ni positive covid then baru mengaku ada ke satu perhimpunan baru baru ni .. puas hati ke buat macam ni kat kami?
“Tolonglaaa rakyat malaysia, ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi.. jangan ambil mudah dengan wabak covid ni.. satu dunia terkena wabak ni.. semoga lepas ni rakyat malaysia lebih terbuka mata terhadap wabak yg tengah teruk melanda dunia ni dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada org lain,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi, Ernie Zakri memberitahu dia mengambil pendirian untuk mengenakan tudung selepas penularan wabak COVID-19 yang kini sedang melanda dunia selain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan di negara ini sejak minggu lalu.
Meminta doa agar dirinya terus istiqomah, bintang berusia 28 tahun ini juga sebolehnya berharap agar penghijrahannya itu tidak disalah erti.
“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.
“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri ini juga meminta agar peminat tidak keliru jika terdapat penampilannya yang tidak bertudung di kaca TV selepas ini.
“Kalau masih ada penampilan saya yang tidak bertudung disiarkan, itu sudah lama dirakamkan. Harap ia tidak menjadi isu.
“Malah, dalam video muzik Gundah yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini pun, penampilan saya masih belum bertudung.
“Jadi, saya berharap peminat faham,” katanya yang turut mendapat sokongan ramai terhadap hijrah yang dilakukan.
“Terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan saya. Semoga yang baik-baik untuk kita semua.
“Malah, saya juga sentiasa terbuka hati menerima nasihat dan teguran daripada semua selepas ini. Kita sama-sama belajar menjadi yang lebih baik,” akhiri Ernie.
Terdahulu, Ernie turut berkongsi fotonya yang mengenakan hijab di Instagram.