“Sampai Hari Ini Saya Fikir, Macam Mana Nak Lalui…,” – Elfira Loy Belum Sedia Kehilangan Orang Tersayang

Share

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan permergian pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Selasa lalu.

Lalu, pelakon Elfira Loy berkata turut terbayang andai dirinya berada di tempat balu Ashraf, pelakon Bunga Citra Lestari.

Kongsi bintang berusia 25 tahun ini, dirinya belum bersedia untuk menghadapi situasi sedemikian.

“Sebenarnya selepas kejadian itu berlaku sampai ke hari ni saya fikir macam mana saya nak lalui benda tu.

“Sebab dalam kehidupan saya orang yang terdekat dengan saya masih ada.

“Saya tak pernah rasa betul-betul kehilangan orang yang paling saya sayang dan rapat.

“Saya harap benda tu tak berlaku dan saya belum bersedia.

“Jadi hari-hari saya fikir macam mana kalau saya di tempat dia kan,” katanya yang turut mendoakan yang terbaik buat Bunga.

Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal 1 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Elfira telah ditemui pada majlis pelancaran dan perlantikan duta produk Elegant Cosmetics di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

IKLAN